Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, July 24, 2013

THE SELF-OBSESSED TRIVIA 6: Things you should know about 3 HATI

After much persuasion, we finally have it!


* Sebenarnya kitorang bagi banyak pilihan tajuk kepada editor, like "Trenologi", "Madchen & Madness", etc etc. In the end, editor pilih 3 HATI.

* Buku ni diedit oleh Encik Mohd Ali. First time for NS, but since Liza n Zara memang biasanya diedit En. Ali, so secara tak langsung, En. Ali edit NS punya sekali. Although En. Ali yang found NS and took NS under his wings, actually novel NS tak pernah En. Ali yang edit (selama ni editor NS adalah Sue, Che Echah, Anis n Poja).

* Our beloved Ms. Syreen yang buat cover novel. Memula kitorang mintak three girls in the train, to signify the only time the three of them met each other, tapi sebab ada protocols and trademark BP kena stick to, so dapat kasut. But we still got the polkadots we wanted so much. Yay.

* The inspiration we got to write together and actually bincangkan the whole plot adalah masa meeting Grup Buku Karangkraf. Orang semua pergi makan, kitorang lepak dalam audi bincang pasal jalan citer. That was in... 2010? 2011?

Liza Nur on Lea

1) Kisah lembu terbabit dalam drama Lea dan Noah masa kecik...lembu juga ada dalam Panggil Aku Kiah sebab Liza pernah bercita-cita untuk menjadi penternak lembu semasa kecik...



2) Sebab kami bertiga nak wujudkan karektor yang personaliti yang berbeza, Liza terpaksa ambil watak yang paling lembut hati sekali...takkanlah nak tulis semua heroin yang balas dendam, kan? Kena la variasikan...

3) Ada banyak maksud tersirat dalam Lea... Trimas kepada yang sudi menelaah maksudnya... bagi yang tidak suka juga, terima kasih kerana membuatkan kaki Liza sentiasa berpijak di bumi...InsyaAllah, akan berusaha lagi di masa depan...

4) Kenapa Liza namakan hero Liza, Noah? Liza pun tak tau. Ia terjadi secara random... Liza cuba turutkan kemahuan pembaca yang merasakan nama-nama watak novel Liza terdahulu terlalu panjang...

5) Liza tau Lea watak yang sadis... Bagi Liza, menghidupkan satu watak begitu adalah satu cabaran..Kalau anda merasakan Lea ‘menyedihkan’ sebab sayang gila kat Imran dan sangat melodramatik, maknanya Liza telah berjaya memenuhi misi Liza dalam menghidupkan karektor Lea dan mengalunkan kisah ini dalam 3 Hati...

Nurul Syahida on Wulan

1. While Lea's story is about heartbreak, acceptance dan epiphany, Wulan's story is about revenge and karma. More towards her break from auto-pilot lifestyle to actually understanding what she wants in life rather than who she ends up with.

2. Nama Wulan aku gunakan sebab aku memang sejak dulu aku suka nama tu. It is so nusantara. And aku memang suka kisah cinta Jaka dan the angel Nawangwulan, especially the part where the relationship between the two is full of deception. Nawangwulan sangka dia jatuh cinta pada manusia yang selamatkan dia, without knowing that Jaka was the one yang halang dia dari kembali ke dunianya by stealing her selendang. Meanwhile, nama Neal aku amik dari that divorce lawyer, Neal Hersh masa aku tengah buat artikel pasal perceraian di Hollywood... dan Henry pulak... I just like the name Henry. It's so.... Henry? Oh, dan Wai Ting, kawan baik Wulan di ofis pulak sebenarnya nama sebenar former intern masa aku kerja CO who is now a journalist kat NST.


3. Lagu "On the Street Where You Live" adalah antara lagu muzikal dari filem/teater "My Fair Lady" yang aku sangat sangat sangat suka. Aku memang sangat nak masukkan lagu tu somewhere to tell people how I frikken love it (the simple lyrics, the beautiful melody, the "awwww" factor) and hope that they love it too as much as I do. So,...

4. Why Kota Kinabalu? Sebab when I was at my lowest, the lowest point of my life in 2010, my best friend Tim bought me a ticket to Kota Kinabalu. Aku selalu rasa those movies where you go away for a vacation changes you tu macam sangat klise, but it did change me. If you ask my friends, who I was before KK and after KK adalah sangat berbeza. After KK, I seemed to be able to cope with stress better. Kota Kinabalu was a turning point for me. So I made it a turning point for Wulan too. 

5. Aku jadikan stress ball permulaan kisah sebab masa aku menulis Wulan, ada stress ball kat sebelah aku. Masa aku mula-mula kerja dulu, aku diberi work station. While getting used to the place, aku bukak laci dan jumpa stress ball tu. Mungkin ditinggalkan oleh the person before me. Setiap kali aku ramas stress ball tu bila aku stress (stress call manager artis tapi tak angkat, stress kena pergi event masa ko takde mood langsung nak interview orang, stress kena buat mcm2 jenis kerja sekalipun ko kerja editorial), aku terfikir, adakah orang sebelum aku jugak meramas stress ball ini dan fikir benda yang sama yang aku fikir? Bila aku berenti kerja, unlike Wulan, aku bawak balik stress ball tu ke rumah dan it kept me company while I was writing about Wulan and her own stress ball.

Anyway, small explanation pasal Neal dalam 3HATI and his playbook. I've read some comments saying that Neal was plagiarised from Barney Stinson of "HOW I MET YOUR MOTHER". Though I admit that certain characteristics of Barney ada dalam Neal, you have to understand one thing - All. Players. Are. Like. That. The ones I spoken to during my interview for the book have similar characteristics, and they exist even before Barney was televised. They like shock values, they like surprises, they're not really into candle light dinners (those are amateur wannabe player). They all have the same dream of publishing their own playbook. Sorry if you think I am plagiarising a character from a sitcom. My friend Adrian will be pissed if you compare him to Barney again. Ahahaha...

Zara Amani on Nini

1. Nama Nini dan Acik ni sebenarnya nama kawan ZA yang telah menuntut nama masing-masing diwartakan dalam mana-mana karya ZA. Makanya, Fatin Zubir and Achik Ashraf, belajar rajin-rajin. Wedding gua nanti datang eh. Haha... Watak dalam cerita ni langsung tak sama dengan empunya diri. ZA pakai nama je without prejudice. Watak adalah rekaan ikut suka semata-mata.

2. ZA cuba menerapkan elemen kejujuran dalam setiap tindak tanduk kita. Antara sedar atau tak, ramai antara kita yang takut berlaku jujur sebab nak menjaga hati dan terlebih jujur sebab juga nak menjaga hati. Hmm.. ZA personally tak setuju dengan dua-dua tu. Kita mesti jujur untuk satu perkara yang kita tidak akan kita sekali-sekali kesalkan. Itu prinsip ZA.


3. Kisah payung terjun dalam tu sebab waktu tu memang gila buat payung terjun dan nama-nama watak dalam tu 98% adalah benar mengikut perangai masing-masing. Pendek kata, cerita tu adalah dedikasi untuk kawan-kawan yang menceriakan ZA sepanjang tahun 2011/2012.

4. Nini ditunjukkan sebagai gadis yang tabah dan merasakan dia mampu berdiri sendiri tanpa sesiapa. Tapi hakikatnya, dia tidak mampu hidup bersendirian seperti yang termaktub dalam firman Allah swt, lelaki dan wanita itu diciptakan berpasang-pasangan. Dalam cerita Nini dan Achik, Nini bertindak menjadi Mars manakala Achik yang lebih mellow menjadi Venus.

5. Nini cuba diterapkan sebagai seorang yang berani membuat keputusan sendiri biar pun dunia membangkang sekerasnya. Yang dia akan kesalkan adalah jika dia tidak berterus terang sekiranya dia mempunyai peluang. Betul atau salah, kita hanya tau jika kita mengambil langkah untuk ambil tahu. Kalau betul, alhamdullillah. Kalau salah, kita belajar. Jangan takut mengambil risiko. Bangkit jika kita jatuh. Jangan takut orang mengata. Masuk cerita Asyraf Muslim kahwin kat Thailand lenyaplah gosip-gosip sebelumnya itu. Yang penting, kita tak ada apa nak dikesalkan.

Realiti hari ini, ramai gadis atau wanita yang menjadi Mars kerana status lelaki berkualiti yang kurang. Tetapi semakin lama ZA perhatikan... Wanita adalah Mars... banyak menyumbang pada masalah sosial. Bila dikenangkan balik.. Allah itu sememangnya Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Next novel, kite revise balik pemikiran macam tu. ;)



Untuk mendapatkan 3 HATI, anda boleh membuat pembelian di --> ARRAZI.

**To check out previous trivias untuk buku-buku lain, click SEKOLAH BANYAK PENUNGGUVALENTINA NERVOSA, AKU KAN NOVELIS, PLAIN JANE, dan SOALNYA HATI.

No comments: