Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, July 22, 2013

Dan kenapa aku tak suka berjaga malam...

Aku tak berjaga malam.

Maksud aku, aku dah lama tak berjaga malam. Kalau pun nak solat malam (ayat ni bukan ayat cam nak tunjuk alim, sebab God knows how many times niat solat malam dengan actual solat malam tu acually berlaku), usually aku tidur dan bangun semula. Aku tak biar diri sendiri berjaga malam dan tunggu waktunya.

Tapi in Ramadhan, it bound to happen. You can't really sleep. You toss and turn and cuss yourself for accidentally dozing off between Maghrib and Isyak, and cuss the delicious spaghetti meatball you had for iftar that made you sleepy in the first place. So finally you turn on your laptop and you wait.

You wait.

For what? For that one idea to pop up into your head.

Tapi usually you end up staring into nothingness, far beyond the pixels and the screen light that is not good for your eyes, and your mind goes elsewhere.

Then the idea comes. Like a distant voice. A memory. Slowly and quietly, and then turned into this whole visual in front of you. Not actually in front of you, but like it was in your eyes, in your mind's eyes.

Aku tak suka menulis pada waktu tengah malam. Semuanya rasa terlalu real. Menulis pada waktu malam terasa seolah-olah menulis dari memori sendiri rather than something you heard before or a projection of your mind. Words come swiftly. Emotion runs high. Thoughts process.

Menulis "Ilham Aziza" adalah mengingatkan aku tentang zaman persekolahan. Zaman persekolahan aku sangat idealistik. Sangat hitam dan putih. Ini halal dan ini haram. Ini pahala dan ini dosa. Tak sama macam UIA. UIA ajar aku grey area. Tak sama macam kerja di CO. Kerja di CO membuatkan aku terpaksa back to basics.

For those who never heard the story... "Ilham Aziza" merupakan karya yang aku tulis masa berumur 16 tahun. Masa tu SMKAKS punya peraturan sangat ketat to the extent that you can't bring novels in, especially time tu memang cerita semua spesis jiwang karat tahap ajar orang kahwin lari punya level. So you survive with your own entertainment.

"Ilham Aziza" was the entertainment for my friends. It was a love story yang semua orang tahu just dengan baca tajuknya. Tapi Ilham Aziza berakarkan SMKA. Watak Ilham dan Aziza adalah perjalanan hidup aku sebagai budak sekolah agama, yang masuk Universiti Islam dan kemudiannya terperangkap dalam dunia pekerjaan di mana apa yang aku belajar tak penting, tapi apa yang aku dapat dari semua ilmu tu akan jadi taruhannya.

Aku selalu cakap, SMKAKS is the closest to my heart. I spent five years away from home during the most important years of my life dan habiskan di sana. Walaupun ibu bapa aku yang sediakan acuan aku, UIA yang mewarnakan aku dan CO yang membakar aku (to a point kengkadang jadi hangit), SMKAKS yang mould aku. Jadi bila aku kata karya baru aku adalah tribute aku kepada kehidupan di SMKA, it means that it's my heart and soul.

My heart and soul yang dikejutkan dengan suara bacaan Quran, yang menyarung seragam sekolah dengan tudung labuh, anak tudung, setokin, baju dalam, kain dalam, pin peniti, kad matrik, nametag. Yang belajar Bahasa Arab dan Al-Quran & Sunnah, Syariah. Yang solat berjemaah dan pengisian kuliyah maghrib. Yang boleh berdiri depan orang ramai dan bagi tazkirah selama lima minit dengan yakin. Yang hafal Surah Al-Mulk dan ada dalil dalam percakapan. Hati dan jiwa yang tidak tercemar dengan realiti kehidupan.

Aku tak suka berjaga malam.

Berjaga malam buat aku mengenang zaman silam.  

No comments: