Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, January 24, 2013

SBP: the History, the Memory, the Book

Aku tidak kenal apakah itu teenage angst. Aku tak pernah faham apakah itu "naluri remaja untuk memberontak" atau "YOLO". Aku tak tahu apa yang berlaku di Shah Alam mahupun di Kuala Lumpur pada pengakhiran era 90-an. Sebab aku habiskan lima tahun usia paling penting aku untuk rasa semua pemberontakan dan angsty feelings tu... di sekolah aku (yang tak perlulah aku namakan di sini sebab memang dah selalu pun aku sebut).


Sekolah aku bukanlah sekolah tua, malah it was first open in the 90s. Aku adalah batch ketiga sekolah aku, bayangkan betapa barunya tempat tu. Masa aku masuk, semuanya masih berbau fresh. Tapi sekolah aku, sekalipun baru, letaknya di tanah yang lama, yang dah lihat banyak peristiwa dalam sejarah dan pertempuran. Tanah bekas pelabuhan penyamun dan tanah kelahiran pendekar.

Orang mungkin mengingat sekolah dalam macam-macam cara. Tapi aku mengingat sekolah aku dalam cara yang paling aku tahu. Sekolah aku ajar aku agama, erti persahabatan...

...dan juga cara untuk membiasakan diri dengan kejadian2 aneh. 


Aku dedicatekan kisah2 aneh tu dalam SEKOLAH BANYAK PENUNGGU. Adakah aku tak sayangkan sekolah, sebab tu aku bagaikan menakut-nakutkan orang supaya tak tinggal di asrama? Tak. Sebab bagi aku, semua tu pengalaman yang aku tak akan dapat di tempat lain. I mean, those feelings, bila kau pergi toilet pukul 2 pagi sementara orang lain tido, ko tak fikir apa-apa sebab kau tak tahan nak kencing. Tapi as soon as ko lega je, tetiba ko tak paham camna ko boleh memberanikan diri keluar dari bilik dan pergi toilet (yang mana untuk ke sana, ko akan nampak ladang kelapa sawit dan tanah yang luas di belakang asrama). Then bila ko keluar, otak kau asik piker, "Hantu, kalau kau ada, keluarlah sekarang!" sementara bahagian otak lain kata, "Kau gila ke apa, jemput hantu keluar?", so ko jalan laju-laju balik ke bilik tapi ko tak lari sebab lari means ko takut dan benda halus akan kacau orang yang takut.

That is the best feeling in the world. Okay, exaggerate. Tak la best feeling pon, tapi, it's one of those things, you know....

So, aku compile kan semua perasaan tu. Perasaan berkumpul waktu malam dengar cerita hantu kakak senior dalam gelap gelita, perasaan membasuh baju pada waktu tengah malam, perasaan ngeri setiap kali lalu power house sebab otak ko mula membayangkan macam2 benda kat dalam tu, perasaan letih setiap kali air tak ada kat asrama dan ko kena bawak baldi pi mandi kat toilet sekolah, perasaan bila ko dipanggil untuk membantu kawan ko yang kena histeria dan perasaan bila ko nampak sesuatu dan ko tak bersedia nak 'nampak' sesuatu tu.

Aku compile kan juga beberapa urban legend yang aku pernah dengar masa aku di asrama dan yang aku alami sendiri dan yang kawan2 aku alami. Tapi tak semua pengalaman aku masukkan dalam ni. If there is a need to write another book of this kind, then I will write them again. It's important to keep some of the stories, especially the ones you experience yourself, remain intact. Pada awalnya, aku tulis dalam bentuk cadangan filem, tapi the production said that they don't want a story about hostels. They want to produce horror-comedies yang ikut trend - you know, like gabungkan hantu dengan rempit atau hantu dengan gangster. I can't do those things because I hate those things. So aku ubah cadangan filem tu ke bentuk novel - the only way I know how dan Alhamdulillah, editor2 di Unit TeenPrima (Kak Siti, Pn Ecah, Nine, Shida, Pooja,... including En. Ali & Kak Sri) sangat supportive untuk publish it. And the cover designer and illustrator pun sangat rajin untuk hasilkan artwork yang aku sendiri tak boleh nak pikerkan, so kudos to them too...

Of course sesetengah cerita tu aku tambah2 sikit, sebab kalau ko nak buat cerita yang memang stay truthful to the feelings, memang tak menakutkan - itulah masalah dengan buku. It doesn't have a voice except your own, and that feeling can only be conjured up through a good reading and story-telling.

Dalam SEKOLAH BANYAK PENUNGGU, aku dedicate-kan kisah2 yang aku enjoy ceritakan pada orang lain ever since aku tinggalkan sekolah. Bila adik2 sedara aku mintak diceritakan cerita hantu asrama, kisah2 ni yang aku keluarkan. Dan sekarang aku nak keluarkan kisah2 yang aku dengar first hand dan aku alami sendiri ni dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua orang.

SEKOLAH BANYAK PENUNGGU merupakan kisah tiga orang pelajar junior yang dihimpunkan oleh dua pelajar senior dan dipaksa mendengar cerita2 hantu sekolah mereka. Ada lima kisah semuanya, dan sebuah kisah bonus. Setiap kisah penting bagi lima insan tersebut. Lima kisah ini juga penting bagi aku (sekalipun salah satu daripadanya hanyalah rekaan semata2 untuk menjadikan novel ini satu koleksi lengkap dan ada kesinambungan kepada semua watak2 utamanya).

Aku banyak guna nama2 yang korang boleh jumpa di Facebook aku, sebab kebanyakan nama2 tu adalah nama2 alumni sekolah aku (meskipun aku letak merata2 je, dan tak semestinya mereka2 tu yg mengalami kisah2 ni), macam Dinie, Kak Umie, Deqnor, Asyran, Pailang dan Cikgu Zul.


SEKOLAH BANYAK PENUNGGU mungkin bukan kisah Roul atau Apis Milo, atau kisah cinta sarkastik yang biasa aku buat, tapi inilah novel yang aku impikan, who I really am inside (horror story lover who writes love stories), and an experience that I love to tell... Aku tau ada sesetengah pembaca macam agak kecewa sebab the first book after setahun setengah aku in hiatus bukan AKN2 atau some other rom-com novels. Saya mintak maaf banyak2. Tapi dalam masa yang sama, I also want to make a journey in other genres that I have passion for. Itu sebablah senarai buku Neil Gaiman dan Stephen King aku lebih banyak daripada Cecilia Ahern. Ahahahahaha. Tapi jangan risau, masih ada novel dewasa yang akan keluar tak lama lagi. Meanwhile, enjoy SBP!!

P.S: SEKOLAH BANYAK PENUNGGU akan keluar 1 Februari, tapi boleh dibeli pre-order melalui ejen saya, Abang Long di Arrazi Network. 50 pembelian pertama akan mendapat tandatangan/ucapan saya (kalau korang nak la, tanak pun takpe) dan token istimewa yang saya sendiri mintak Mun design-kan (bukan sendiri design, mintak Mun design. Mun la design baju aku, Mun yang buatkan stroberi coklat yang aku jadikan token masa musim VALENTINA NERVOSA dulu... sampaikan nak buat token untuk buku ni pun, Mun jugak. Aku harap usaha aku mempergunakan persahabatan aku ini akan membawa keuntungan kepadanya di kemudian hari. ahahahaha).

Saya juga akan menghadiri KARNIVAL KARANGKRAF pada 2 Februari ini bersama Kak Syikin Zainal dan Ebriza Aminudin, dan menyibuk juga pada 3 Februari bersama Zara Amani dan Liza Nur. SEE YOU THERE!


6 comments:

Kaseh Esmiralda said...

macam menarik...insyaallah akan dapatkannya nanti ^__^

Unknown said...

saya tahu perasaan pergi tandas pukul 2 pagi tu! Hahahaha. akhirnya, sy tak berkesorangan. Ini semua gara-gara minum air kotak sebelum tidur. =='

Eryany said...

Menarik...tak kisahla apa pun, mesti beli punya.. saya memang sentiasa tunggu novel Nurul Syahida...

Shai Kamarudin said...

Kaseh Esmiralda - Thank you!! NOvel baru bila nak kuar? :P

Teja - ahahahaha, kan? so next time, kalau nak gi toilet, paksa diri kencing awal2.

Eryany - Oh, tenkiuuuuu. I is the liking yu! (^o^)

Eryany said...

I is the liking you to... :))

Cikda said...

Kusiss ke sekolahnya?