Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, January 31, 2013

Pemumuan! Pemumuan! (Cara anak kawan aku sebut Pengumuman)

Jadi sebab token dah sampai. Maka hendaklah saya umumkan di sini...

Bagi 50 pembelian secara pre-order daripada Ar Razi Network:


Anda akan menerima sekeping button badge edisi terhad SAYA SURVIVE SEKOLAH BANYAK PENUNGGU:


Kenapa "saya survive", anda tanya? Sebab itu gurauan antara saya dan kawan2 yang pernah tinggal di sekolah berasrama. Setiap orang yang berjaya tamatkan lima tahun di sekolah tu kami kata, "Dah survive? Tahniah!" It's an inside joke dan ditujukan khas kepada warga beloved "SMKA X"... dan saya nak share that with all of you.

Romantik tak ai? Teeheee...



Boleh juga digayakan dengan beg anda.... maafkan saya, sebab gambar ni takleh nak dirotate. Laptop saya agak mengong.

SILA BUAT PESANAN ANDA DI SINI!!! Weeeeeee~

Wednesday, January 30, 2013

Hikayat Raden Juli Adjeng Monita... in hicolor

Sementelah kehadirannya di situ mewarnai agung pawarna, Raden Juli Adjeng Monita bagaikan tidak bisa percaya tuah yang hadir dalam rona......

....okay, I was just spewing words with no sense... because I'm too lazy to find words for the introduction.


Okay, sebenarnya aku bukan nak letak gambar ni. Aku click gambar lain, tapi komputer aku load lambat, so bila aku click, tetiba gambar ni intercede... aku tau aku boleh remove, tapi oh what the heck... Alang2 iklankan sekali Harry Fear kepada orang. Ini Harry Fear. Do check his website and LIKE his page.


Ha, ini tujuan asal. Ini senarai para penulis BUKU PRIMA yang akan hadir masa Karnival Karangkraf hujung minggu nih. Aku akan ada kat sana pada hari Sabtu dan Ahad jam 2-5 petang. Janga carik awal2 sangat, sebab surely tak ada. Rumah saya dekat, so saya memang bertolak lepas Zohor punye...

Aku nak kata setiap pembelian SEKOLAH BANYAK PENUNGGU membolehkan anda mendapatkan token istimewa penulis, tapi masalahnya token istimewa penulis tu sampai hari ni tak jugak sampai2 ke rumah aku walhal janjinya hari Selasa. So takleh nak confirm.

Huh, janji melayu.

Thursday, January 24, 2013

SBP: the History, the Memory, the Book

Aku tidak kenal apakah itu teenage angst. Aku tak pernah faham apakah itu "naluri remaja untuk memberontak" atau "YOLO". Aku tak tahu apa yang berlaku di Shah Alam mahupun di Kuala Lumpur pada pengakhiran era 90-an. Sebab aku habiskan lima tahun usia paling penting aku untuk rasa semua pemberontakan dan angsty feelings tu... di sekolah aku (yang tak perlulah aku namakan di sini sebab memang dah selalu pun aku sebut).


Sekolah aku bukanlah sekolah tua, malah it was first open in the 90s. Aku adalah batch ketiga sekolah aku, bayangkan betapa barunya tempat tu. Masa aku masuk, semuanya masih berbau fresh. Tapi sekolah aku, sekalipun baru, letaknya di tanah yang lama, yang dah lihat banyak peristiwa dalam sejarah dan pertempuran. Tanah bekas pelabuhan penyamun dan tanah kelahiran pendekar.

Orang mungkin mengingat sekolah dalam macam-macam cara. Tapi aku mengingat sekolah aku dalam cara yang paling aku tahu. Sekolah aku ajar aku agama, erti persahabatan...

...dan juga cara untuk membiasakan diri dengan kejadian2 aneh. 


Aku dedicatekan kisah2 aneh tu dalam SEKOLAH BANYAK PENUNGGU. Adakah aku tak sayangkan sekolah, sebab tu aku bagaikan menakut-nakutkan orang supaya tak tinggal di asrama? Tak. Sebab bagi aku, semua tu pengalaman yang aku tak akan dapat di tempat lain. I mean, those feelings, bila kau pergi toilet pukul 2 pagi sementara orang lain tido, ko tak fikir apa-apa sebab kau tak tahan nak kencing. Tapi as soon as ko lega je, tetiba ko tak paham camna ko boleh memberanikan diri keluar dari bilik dan pergi toilet (yang mana untuk ke sana, ko akan nampak ladang kelapa sawit dan tanah yang luas di belakang asrama). Then bila ko keluar, otak kau asik piker, "Hantu, kalau kau ada, keluarlah sekarang!" sementara bahagian otak lain kata, "Kau gila ke apa, jemput hantu keluar?", so ko jalan laju-laju balik ke bilik tapi ko tak lari sebab lari means ko takut dan benda halus akan kacau orang yang takut.

That is the best feeling in the world. Okay, exaggerate. Tak la best feeling pon, tapi, it's one of those things, you know....

So, aku compile kan semua perasaan tu. Perasaan berkumpul waktu malam dengar cerita hantu kakak senior dalam gelap gelita, perasaan membasuh baju pada waktu tengah malam, perasaan ngeri setiap kali lalu power house sebab otak ko mula membayangkan macam2 benda kat dalam tu, perasaan letih setiap kali air tak ada kat asrama dan ko kena bawak baldi pi mandi kat toilet sekolah, perasaan bila ko dipanggil untuk membantu kawan ko yang kena histeria dan perasaan bila ko nampak sesuatu dan ko tak bersedia nak 'nampak' sesuatu tu.

Aku compile kan juga beberapa urban legend yang aku pernah dengar masa aku di asrama dan yang aku alami sendiri dan yang kawan2 aku alami. Tapi tak semua pengalaman aku masukkan dalam ni. If there is a need to write another book of this kind, then I will write them again. It's important to keep some of the stories, especially the ones you experience yourself, remain intact. Pada awalnya, aku tulis dalam bentuk cadangan filem, tapi the production said that they don't want a story about hostels. They want to produce horror-comedies yang ikut trend - you know, like gabungkan hantu dengan rempit atau hantu dengan gangster. I can't do those things because I hate those things. So aku ubah cadangan filem tu ke bentuk novel - the only way I know how dan Alhamdulillah, editor2 di Unit TeenPrima (Kak Siti, Pn Ecah, Nine, Shida, Pooja,... including En. Ali & Kak Sri) sangat supportive untuk publish it. And the cover designer and illustrator pun sangat rajin untuk hasilkan artwork yang aku sendiri tak boleh nak pikerkan, so kudos to them too...

Of course sesetengah cerita tu aku tambah2 sikit, sebab kalau ko nak buat cerita yang memang stay truthful to the feelings, memang tak menakutkan - itulah masalah dengan buku. It doesn't have a voice except your own, and that feeling can only be conjured up through a good reading and story-telling.

Dalam SEKOLAH BANYAK PENUNGGU, aku dedicate-kan kisah2 yang aku enjoy ceritakan pada orang lain ever since aku tinggalkan sekolah. Bila adik2 sedara aku mintak diceritakan cerita hantu asrama, kisah2 ni yang aku keluarkan. Dan sekarang aku nak keluarkan kisah2 yang aku dengar first hand dan aku alami sendiri ni dalam bentuk yang boleh dibaca oleh semua orang.

SEKOLAH BANYAK PENUNGGU merupakan kisah tiga orang pelajar junior yang dihimpunkan oleh dua pelajar senior dan dipaksa mendengar cerita2 hantu sekolah mereka. Ada lima kisah semuanya, dan sebuah kisah bonus. Setiap kisah penting bagi lima insan tersebut. Lima kisah ini juga penting bagi aku (sekalipun salah satu daripadanya hanyalah rekaan semata2 untuk menjadikan novel ini satu koleksi lengkap dan ada kesinambungan kepada semua watak2 utamanya).

Aku banyak guna nama2 yang korang boleh jumpa di Facebook aku, sebab kebanyakan nama2 tu adalah nama2 alumni sekolah aku (meskipun aku letak merata2 je, dan tak semestinya mereka2 tu yg mengalami kisah2 ni), macam Dinie, Kak Umie, Deqnor, Asyran, Pailang dan Cikgu Zul.


SEKOLAH BANYAK PENUNGGU mungkin bukan kisah Roul atau Apis Milo, atau kisah cinta sarkastik yang biasa aku buat, tapi inilah novel yang aku impikan, who I really am inside (horror story lover who writes love stories), and an experience that I love to tell... Aku tau ada sesetengah pembaca macam agak kecewa sebab the first book after setahun setengah aku in hiatus bukan AKN2 atau some other rom-com novels. Saya mintak maaf banyak2. Tapi dalam masa yang sama, I also want to make a journey in other genres that I have passion for. Itu sebablah senarai buku Neil Gaiman dan Stephen King aku lebih banyak daripada Cecilia Ahern. Ahahahahaha. Tapi jangan risau, masih ada novel dewasa yang akan keluar tak lama lagi. Meanwhile, enjoy SBP!!

P.S: SEKOLAH BANYAK PENUNGGU akan keluar 1 Februari, tapi boleh dibeli pre-order melalui ejen saya, Abang Long di Arrazi Network. 50 pembelian pertama akan mendapat tandatangan/ucapan saya (kalau korang nak la, tanak pun takpe) dan token istimewa yang saya sendiri mintak Mun design-kan (bukan sendiri design, mintak Mun design. Mun la design baju aku, Mun yang buatkan stroberi coklat yang aku jadikan token masa musim VALENTINA NERVOSA dulu... sampaikan nak buat token untuk buku ni pun, Mun jugak. Aku harap usaha aku mempergunakan persahabatan aku ini akan membawa keuntungan kepadanya di kemudian hari. ahahahaha).

Saya juga akan menghadiri KARNIVAL KARANGKRAF pada 2 Februari ini bersama Kak Syikin Zainal dan Ebriza Aminudin, dan menyibuk juga pada 3 Februari bersama Zara Amani dan Liza Nur. SEE YOU THERE!


Saturday, January 19, 2013

If my life was a musical (tajuk tak actually menunjukkan isi kandungan sebenar)

Aku suka musical. If only the world is like a musical, where you sometimes burst into a song and dance while  you change your clothes, I would be perfectly happy.

*Nurul Syahida sebenarnya kadang2 burst into a song whenever she likes and dance while changing her clothes, so, that's not really an "if only" thing for her...*

Tapi tak semua musical drama aku suka tengok. Aku tak berminat dengan FOOTLOOSE atau WEST SIDE STORY atau HAIRSPRAY... in short, anything that reminds me of John Travolta. I like musicals for the fact that you are blending music with acting, and suddenly songs that doesn't make sense, makes more sense.

Having said that, I hate GLEE. I used to love GLEE, but then five episodes into the first season, I hated it. I have never loved something and then hate it THAT fast. But that's GLEE for you. It's either you hate it, or you love it, or you love it but then hate it in the end.

Actually, aku tak ada apa2 sebab untuk buat entry ni. Cuma aku agak bosan dan letih menengok kerja dan manuskrip, dan I just want to share some of the songs that I liked, until I can get the confirmation bila novel nak keluar.

"Loving that Man of Mine", from SHOW BOAT (1936)



"Fish gotta swim, birds gotta fly, I gotta love one man till I die, can't help loving that man of mine."

"Singin' in the Rain", SINGIN' IN THE RAIN (1952)



While Frank Sinatra is a singing dancing elite, Gene Kelly is like a singing dancing marhaen/working class. And nobody else has THAT kind of graceful legs!

"How Lovely to be a Woman", "BYE BYE BIRDIE (1963)



Bukanlah aku suka sangat lagu ni. Agak membebel. Tapi this is how you sing while changing clothes, if you ask me. Ahahaha.

"I Could have Danced All Night", MY FAIR LADY (1964)



Because it's Audrey Hepburn. And it's the easiest song to sing ever. You can have the worst voice in the world, and you still can sing this and be satisfied with your voice.

"On the Street Where You Live", MY FAIR LADY (1964)



Aku sangat sukakan lagu ni (especially versi studio Nat King Cole) sampai aku jadikannya an important part dalam cerita WULAN, yang bakal dikeluarkan dalam novel trio NS, Zara Amani dan Liza Nur April ini!... kot!..... (iklan, tapi tak sure)

"Something Good", SOUND OF MUSIC (1965)



Apart from all the dances, aku lebih suka lagu ni sebab it was the only mature song dan showcase a great combination antara suara Julie Andrews yang lunak dengan suara Christopher Plummer yang kelelakian.

"Why Don't you Do Right?", WHO FRAMED ROGER RABBIT?" (1998)



I don't think WFRR is considered a musical.... but heck, sape peduli. This is such a cool song.

"We Both Reached for the Gun", CHICAGO (2002)



Ramai yang suka "Cell Block Tango"... I wonder why... but I still think this is the best song and best presentation - with Billy Flynn holding on to a Roxie puppet and the other marionettes, signifying how he is controlling everything and everybody in the situation. Dan Renee Zellwegger adalah sangat meyakinkan sebagai puppet.

"Falling Slowly", ONCE (2006)



Aku tak puas hati YouTube takde the actual clip from the movie, sebab the raw version was better than the original soundtrack. I loved it for the fact that Glen and Marketa sing it together in a music shop with a piano on sale. That was the best thing about the song.

Oh, and I despise every other cover there is. This is strictly Glen Hansard song and should only be sang with that voice.... with the exception of Yusuf Islam, cuz they sound the same.

"Hey Jude", ACROSS THE UNIVERSE (2007)



How can you not love "Hey Jude"? Jude in a form of Jim Sturgess? Amazing.

"Winner Takes it All", MAMMA MIA (2008)



Aku rasa lagu ni macam terpisah daripada the whole movie, tapi sebab Meryl Streep yang nyanyi, it's okay then. And I am biased about this song anyway...

"Rainbow Connection", THE MUPPETS (2011)



Rainbow Connection is a classic. It makes you feel good about life and a nice song to sing baby to sleep. Ahahah.

"In My Life/A Heart Full of Love", LES MISERABLES (2012)



Sebelum tengok Les Miserables, I used to love "On my Own" and "Confrontation", tapi lepas tengok the movie, I fell in love with the mix between the two songs, with Coset and Marius falling in love, while Eponine, who was in love with Marius had to step away. It was a perfect "lovers-friendzonee" song.

Thursday, January 10, 2013

Menunggu yang Berpenunggu

Hujung minggu lepas, editor hantar SMS, suruh check email.

Editor hantar PDF.
Disuruhnya aku periksa suntingan kedua - meaning manuskrip dah ubah dari bentuk manuskrip ke bentuk novel. Contohnya dihantar dalam bentuk PDF.

Terlampau excited sampai terpaksa baca dua tiga kali untuk pastikan tak ada masalah atau rasa tak puas hati. Seronoknya menulis untuk TeenPrima berbeza dengan buku dewasa. Mungkin lebih penat dari sudut mereka-reka ayat, sebab perlu kurangkan bahasa yang tak semenggah. Tapi seronoknya sebab TeenPrima ada ilustrasi.

Lepas excited tak hengat, aku tanya editor sama ada dah boleh diiklan dalam Facebook atau belum. Tak sabar nak tunjukkan buku baru, dengan bahagian baru dan genre baru kepada pembaca, selepas setahun lebih tak keluarkan buku.

Editor kata nanti dulu. Ada beberapa protokol dengan orang atasan yang perlu diselesaikan.

Tapi aku macam tak boleh nak bersabar. Kena bersabar. Tak boleh! Sabar saja. Oh my God, this is hell!

Apa yang aku boleh buat cuma ini saja:



Mari kita lihat kalau waktu-waktu yang Nurul Syahida habiskan membaca Stephen King akan membantu dia menghasilkan sesuatu dalam genre yang sama...........................