Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, July 2, 2012

Saya kini Novelis yang ada Ejen. Ha. Ha. Ha.

Alhamdulillah.

Aku rasa sangat sangat sangat lega. Blessed even. Satu masalah hidup dah selesai.

Apakah masalah hidup itu?
Masalah hidup utama aku (takdela masalah mana pun) ialah tak memiliki waktu untuk jual buku aku sendiri. Judul2 lama memang susah nak jumpa kat kedai dan susah nak beli online. Dan ramai yang hantar email nak mintak beli dari aku sendiri sebab alang2 beli online, lebih baik ada tandatangan novelis. Aku jadi agak kecewa sebab aku memang nak buat, tapi aku tak ada masa. Jual online means maintaining a site or at least available untuk berurusan dengan readers. It means that aku perlu berurusan dengan pihak Karangkraf untuk buat order, ambil pesanan, packaging dan berurusan dengan pejabat pos. Since tak ada satu pun bahagian hidup aku yang ada sense of stability (I'm a freelancer. It's another word for "commitment-phobic"), such routine memang tak akan dapat dilaksanakan dan hanya akan membuat aku kehilangan readers yang bakal mengatakan "Kak Shai ni hampeh!"

Tapi Alhamdulillah, semalam masa melawat Liza (Nur), Kak Durrah (Fatiha) dan Iffa (Zalia) kat Pesta Buku Selangor, muncul seorang lelaki yang bercahaya, penuh karisma dan disinari kemilau bintang Cassiopeia (okay, aku exaggerate je lebih) yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang Long.

So anyway, Abang Long atau nama sebenarnya En. Feroz memang dah lama berkecimpung dalam bidang penjualan buku secara online (dan juga produk2 lain) apatah lagi menjual buku2 novelis terkenal. Kiranya aku ni tersangkut dalam senarai bukan sebab aku terkenal, tapi sebab aku duduk Shah Alam dan dekat dengan Karangkraf (aku dah kata, Shah Alam ni lucky charm aku. Jangan suruh aku pindah!). Waahahaha.

Apa yang membuatkan dia unik ialah kalau beli buku secara online dengan Abang Long, anda boleh mendapatkan tandatangan penulis. Even kalau korang nak suruh penulis bagi ucapan panjang2 atau dedicate buku tu kepada someone, special someone, really special someone pon bollleyyyyy. Matlamatnya mudah - Yakni untuk mempermudahkan pembelian secara online dan anda akan dapat special message from the writer. Baekkkk, aku bukanlah Park Yoo-chun atau G-Dragon yang kalau mati tandatangannya akan bernilai jutaan ringgit, tapi kire boleh la kan? :P

But anyways, aku sangat bersyukur sebab aku memang perlukan ejen untuk jual buku2 aku. I tried influencing some of my friends to do so, tapi memang tak ado makno la kengkawan aku nak buat. Hahaha. Peluang yang datang ni memang tepat pada masanya dan aku bersyukur sangat-sangat.

THEREFORE,...

Kini kalau korang nak beli SOALNYA HATI, PLAIN JANE, AKU KAN NOVELIS, VALENTINA NERVOSA, atau siri MCK, boleh dapatkan di SINI!!! Tak ada bezanya dengan anda beli novel tu dari saya sebab Abang Long adalah ejen saya - which means, bila anda buat order dengan dia, kami akan liaise untuk hantarkannya pada anda! Satisfaction guaranteed!

Pesan SOALNYA HATI DI SINI
Pesan PLAIN JANE DI SINI
Pesan AKU KAN NOVELIS DI SINI
Pesan VALENTINA NERVOSA DI SINI

Aku lupa nak masukkan MCK plak. Akan ku lakukan nanti!


No comments: