Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, April 12, 2012

Encik Magi pergi bercuti

Sekiranya anda pembaca blog lama saya (yang kini telah ditutup buat seketika sementara masalah guaman saya selesai, muahaha), tajuk di atas merupakan sesuatu yang normal berlaku sekali dua dalam setahun. Apabila Encik Magi (yang berwajah Radhi OAG dengan spek rim hitam dan bagpack biru... aku tak tahu kenapa rupa dia macam tu, tapi otak aku create dia macam tu) pergi bercuti, aku akan duduk di depan laptop tanpa ada sebarang idea untuk menulis.

Oleh yang demikian, maka saya akan masukkan excerpt daripada novel yang sedang terbengkalai di sini untuk tatapan umum sementara saya terjun dari atas bukit sebab stress.



AKN2
(Kalau ikutkan aku, aku memang tak nak sambung AKN sebab I don't believe in sequels. I believe sequels is an easy way out, some sort of a 'cheating game'/'dead end' for writers. Tapi ramai readers yang mintak dan aku fikir adakalanya kita perlu follow where the wind blows. The wind loves Roul too much, I just had to reawaken him - a better unprejudiced Roul, a Roul not inspired by any real characters. Bangun, Roul. We have a mission.)

          Seperti pameran hantu di Muzium Shah Alam. Aku dan Roul merenung botol berisi jenglot selama tiga minit. Aku kata ia berasal daripada zaman dinosaur atau mungkin era Paleolitik. Bayi orang batu yang digugurkan kerana teman wanita orang batu itu malu melahirkan anak luar nikah lalu dimasukkan ke dalam botol dan ditanam. Kemudian berlakunya era Pleistosen dan botol itu bertahan sampai sekarang. Roul gelak.
“Macam mana pulak zaman pleistosen boleh muncul sebelum paleolitik? Tu dah terbalik.”
“Dia naik DeLorean dan balik ke zaman silam.” Jawab aku.
“Mana dia jumpa deLorean?”
“Dia hidup semula di masa depan lepas dibekukan dalam ais.”
“Di zaman Paleolitik?”
“Tak, di zaman Pleistosen.”
“Timeline bersepah. Mana dia jumpa botol?”
“Dalam DeLorean.”
Roul ketawa berdekah-dekah, mengganggu beberapa pengunjung lain yang sedang menjenguk ke dalam kereta Volkswagon kuning yang dipercayai adalah kereta hantu yang selalu bersiar-siar di Lebuhraya Karak.
Kemudian Roul pula meneliti jenglot tersebut.
“Hasil seni surrealism 1920-an. Ini hasil sculpture Louise Bourgeois.” Ujarnya.
“Bourgeois? Ukir jenglot?” aku rasa idea Roul lebih mengarut.
“Atau mungkin sampel makhluk “Silent Hill” yang tak cukup menakutkan untuk dimasukkan ke dalam game.” Balas lelaki itu.
Aku ketawa. Tidak sekuat Roul, tapi cukup menjengkelkan pengunjung lain yang tidak memahami perbualan kami. Mereka ke muzium hantu untuk melihat hantu. Aku dan Roul ke muzium hantu untuk menjadi kacang hantu.


INDIE
("INDIE" merupakan karya aku masa aku rasa aku terlalu puas hati dengan kehidupan dan cara hidup aku sampaikan aku rasa semuanya stagnant dan aku tak ada sebarang idea untuk menulis. Kawan lama aku Khadijah yang tiba-tiba cetuskan idea ni bila dia cakap sesuatu tentang emaknya, this idea of a woman who has a rock solid principle about life tapi goyah apabila the one person she admires most tells her it that what she has believed and form the foundation of her life with tu salah dan dia perlu start semula)

       “Saya boleh call awak kan?” tanya Fahmi.
Khadijah mengangguk.
“Only after work.” Ujar gadis itu, menekan butang lif.
“And I can add you on Facebook?”
“Sure.”
“Twitter?”
“Saya tak ada Twitter.”
“Friendster?”
“Awak hidup tahun berapa?”
Fahmi ketawa.
“BBM?”
“Saya tak pakai BB ataupun mana-mana smartphone.” Ujar Khadijah.
“So you’re a hipster?” usik Fahmi.
“Bukan hipster. I just don’t like the whole trend. I believe in setting one rather than following one.” Jelas Khadijah.
“Kata sang eksekutif pemasaran syarikat dotcom.” Usik Fahmi lagi, menyindir ironi kata-kata Khadijah dengan bidang kerjanya sendiri dalam bidang yang memerlukan semua teknologi tersebut.
Khadijah senyum.
“Orang yang kerja KFC tak semestinya suka makan KFC.” Balas gadis itu.
Pintu lif terbuka.
“Jadi saya boleh call dan add awak di Facebook?” tanya Fahmi sekali lagi saat Khadijah melangkah masuk.
“Khadijah Ann Jamil.” Ujar Khadijah, menyebut nama yang digunakannya dalam akaun Facebooknya dengan pantas sebelum pintu lif tertutup.

3 comments:

ﺇﺭﻣﺎﻳﻨﺘﻲ ﺇﺳﻤﺎﻋﻴﻞ said...

nicee.
lame x bace novel ko.
keep it up!

fadlin zalnas said...

x sabar nk baca :D

Sheeda Minhaj said...

buat org gila bayang tunggu novelnye