Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, October 7, 2011

Projek buku remaja yang telah membuatkan aku hampir terguling di atas lantai akibat stress tak tahu nak tulis apa kini bakal berada di pasaran yo.

Baik! Musim promosi buku dah bermula. (*bunyi breaking knuckles, crack otot leher, bersenam setempat diiringi lagu "Final Countdown"*)

Baik! Selepas kepoyoan di atas, kita akan promosi buku.Tapi sebelum itu, sila dengar saya nak mengimbau kenangan dulu ("Wha? Perlu ke?") tentang saat bermulanya buku-buku ini.

Suatu petang yang damai... okay, tengah hari to be exact. Aku dihubungi oleh editorku yang meminta aku datang untuk bermesyuarat. Aku pun pergilah ke mesyuarat itu dan mendapati ia satu mesyuarat rahsia (*masukkan kartun mata bersinar tajam di sini*) untuk satu projek. Ada penulis-penulis dari Karangkraf, that is Buku Prima dan Alaf 21. Kami dipilih berdasarkan (in the words of Kak Sri Diah) "...menghimpunkan beberapa orang penulis Grup Buku Karangkraf yang sedia ada dan saya yakin dengan corak penulisan serta kepantasan cara kerja mereka." (Ya, aku bold, line dan italic-kan, terharu sebab Kak Sri yakin dengan kepantasan aku). Selepas di-brief, kami diminta untuk menulis lima buah novel pendek dan perlu disiapkan dalam masa sebulan. Whaaa?

Apa aku tanya masa tu? "Kak (Sri Diah), kalau nak tulis lebih daripada lima, boleh?"
Hahaha, ambitious sungguh aku ni. Patut dapat award untuk Insan Paling Suka Mengeluarkan Kata-kata Kosong. Tapi sebenarnya tak jugak. Aku berjaya siapkan lima buah dalam deadline awal yang diberi - perkara pertama yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku jadi novelis. Haha.

Untuk seorang penulis buku dewasa yang agak crappy dan banyak menghasilkan teori yang aneh (atau "Teori Toilet" bak kata member aku), menulis buku untuk remaja, particularly untuk usia 11 tahun ke 15 tahun, perlukan pengajaran (biasanya kalau aku menulis ada pengajaran pun, it's not like I emphasise it, no?), kurangkan english, jangan tulis tentang cinta, menulis dengan susunan bahasa yang betul (aku memang infamous kerana susunan para yang aneh) that is like asking me to strip naked. Mengekalkan gaya asal tanpa the whole "ism" is the kind of challenge yang mungkin mudah bagi orang lain, tapi satu masalah jiwa bagi aku.

Tapi aku berjaya jugak akhirnya kan? So here it is.


Semua ni hasil 14 orang penulis. Tiga daripada 25 buah cerita dalam lima novelet ini hasil tulisan aku (buku 1, 3 dan 5), selain dari prominent writers such as Iris Ixora, Harleem Dayam, Lyn Dayana, Zakiah Abd Ghaffar, dll. Aku akan iklankan satu demi satu, tapi buat masa ni disebabkan aku dah hampir nak terjelepuk akibat terlebih kerja (eh shadap. Aku memang kerja kat rumah, so aku memang kerja setiap hari), aku sum up dalam gambar ni je. Untuk keterangan lanjut, boleh baca note yang ditulis oleh Kak Sri Diah di FB-nya (kalau korang ada FB dia atau add aku di FB.

Ada contest sekali untuk disertai. Tapi kalau korang umur lebih daripada usia sekolah menengah, sila lupakan dan bekerjalah untuk dapatkan tab. Aku pun tak ada menatang semua yang dipertandingkan tu. Sesiapa ada adik-beradik di akhir sekolah rendah atau di awal sekolah menengah, silalah iklankan ya? Kalau orang dewasa nak baca pun okay jugak. Buku ni very anime-ish, sangat berwarna-warni, dan best untuk dijadikan koleksi. Aku banyak menulis tentang watak yang very into themselves, sebab pada aku, zaman remaja adalah zaman di mana you are so full of yourself. I know I was that kind - rasa you know everything and the world is your oyster. Hahaha.

Setiap satu buku ini berharga RM18 (keseluruhan 5 buku RM90)
Jika membeli sendiri di Karangkraf Mall harganya RM75
Jika membeli online harganya RM90 (termasuk kos pos)

Alamat surat menyurat:
Karangkraf Mall Sdn Bhd
Unit Langganan
P/S 7041 Pejabat Pos Besar Shah Alam
40700 Shah Alam
Selangor

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan langganan sila hubungi:
Tel: 03 5101 7480/7481/7478
HP: 019 3310102
Faks: 03 5101 7483
Website: mall.karangkraf.com

Nama Akaun: Karangkraf Mall Sdn Bhd
No. Akaun: 0142 7120 4204 (Maybank)

No comments: