Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Tuesday, September 13, 2011

Akukah anjing itu?

Aku tak tahulah kalau penulis lain semua suci dan tidak self-obsessed.

Oh tapi aku memang self-obsessed. Aku memang suka google nama sendiri dan baca review orang tentang buku aku. Kenapa? Sebab aku kerja kat umah dan kadang-kadang aku jadi boring. Macam ikan laga dalam akuarium. Cuba ikan laga dalam akuarium tu dibagi internet, aku pasti ia juga akan meng-google spesisnya.

Jadi tadi aku duk google diri sendiri dengan penuh narsisis. Dan aku menemui forum yang bercakap tentang penulis-penulis kegemaran. Maka berlakulah babak aku gelak sensorang di depan laptop - sesuatu yang sentiasa berlaku pada mana-mana insan yang tengok variety show Korea kat laptop diorang, sekalipun itu bukan punca aku gelak - bila membaca satu kenyataan yang agak accurate oleh seorang forumer mengenai aku.

Aku tak dapat menafikan ini kali pertama aku dikaitkan dengan perkataan "menganjing" dan bunyiknya sangatlah aneh.

Forumer menulis:

"contoh, hlovate. yang ni, memang gila la ketagihan aku dengan buku dia. buku versus, entah berapa kali aku baca. 'rooftop rant' aku rasa paling best selain 'versus'. '5 tahun 5 bulan' best jugak tapi boleh nampak masa ni, hlovate kurang matang lagi. yang latest, contengan jalanan. buku ni agak serius sikit tapi boleh tunjuk sisi hlovate dari zaman dulu sehingga zaman berubah dia. one thing, yang best pasal hlovate ni, dia selalu travel dalam novel dia. jadi, macam seronoklah sebab kita pun 'fly' sekali walaupun tiada passport dalam 'contengan jalanan', dah travel ke australia dengan indonesia. wink wink. lepas tu, satu lagi identiti hlovate selain skate dan muzik adalah bahasa rojak yang dia suka guna tu. speak malay and some english at the same time. oh ya, dia suka harun yahya juga!

noor suraya. aku suka dia. sejak cerita 'rumah kecil di ujung padang'. cerita ni, kira satu kompilasi la dalam novel nama 'pelangi'. 3 penulis berkongsi satu novel. kemudian, aku jumpa 'jaja & din'. buku yang paling power dan asyik nak buat aku gelak je. hehehe. pastu, aku baca 'panggil aku dahlia'. buku ni agak slow melow cerita dia tapi berkembang dengan cantiknya, yang (mungkin) boleh buat anda tersengih- sengih saat perhubungan wadi dengan dahlia.

nurul syahida. satu lagi penulis yang aku discover. hehehe. kawan aku recommend buku 'plain jane' tapi aku tak jumpa kat kedai jadi, aku start baca dengan 'aku kan novelis'. buku ni agak siot dengan watak utama yang asyik berlagak je dan roul yang agak gila perwatakannya kalau dia betul2 wujud kat alam realiti. pastu aku baca 'valentina nervosa'. buku ni agak serius sikit KOT sebab watak utama dia asyik sedih kena tinggal boyfriend 3 tahun lepas! yang aku suka pasal penulis ni, dia suka menganjing kena pada tempat dan dia suka membodoh2kan perkara yang sedih. jadi, menda tu tak nampak sedih sangat tau. ahahaha. 

one thing yang boleh nampak antara hlovate dengan nurul syahida ialah, hlovate suka wataknya bertemu jodoh pada awal 20-an tapi nurul syahida pula selalunya buat watak dia bertemu cinta, jodoh ler tu, start pertengahan hingga akhir 20-an."



http://forum.malakat92.com/index.php?s=e81d876ae780a0ac1639763235436538&showtopic=2048&pid=149190&st=300&#entry149190

3 comments:

si chantek izza said...

ahahahah, tak aneh la weh.. ko bukan anjing. ko duk menganjing org.. dgn sindiran, tempelakan etc tepat ke batang hidung. hihi memang dia telah describe dgn tepat! muahahahah!

Shai Kamarudin said...

woof woof.
bark bark.
*bunyi2an anjing seterusnya*

nad said...

x aneh..mmg betul pun hahahahaha..tapi ko bukan anjing la mek!!! btw, i'm proud of u!!