Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, August 24, 2011

The thing about Ye De Di Qi Zhang

Ini adalah kisah lagu Jay Chou yang bertajuk "Twilight's Chapter 7".

Tak payahlah baca beria-ia sangat. Mukadimah je lebih. Ceritanya tak ada apa pun. Aku cuma nak cakap yang setelah bertahun-tahun menggunakan lagu ini sebagai ringtone, akhirnya aku tukar.

Ada dua saja fanclub yang aku pernah join selama aku hidup. Kelab Sahabat M.Nasir dan MyJaysians. Masa tu Jay Chou memang sangat popular, tapi dbukan di kalangan orang melayu. Dia belum jadi pelakon atau mengarah filem, atau berlakon filem Hollywood yang sangat tak best. Masa tu kalau sebut nama Jay Chou, kebanyakan member2 cam "Heh, siapa?". Kalau korang pi website MJS dan tengok senarai member dulu, cuma ada tiga member melayu masa tu. Aku member ketiga dan nombor keahlian aku ialah 91. Hahaha.

Tapi aku selalu dilanda masalah bila menggunakan ringtone lagu ni pada era di mana Jay Chou bukan household name. Contohnya, ada sekali tu aku lupa silent-kan fon masa tengah consult Dr. Ataul Huq, orang tua dari Bangladesh tu hampir sakit jantung bila tiba2 telefon aku berbunyik keluar lagu cina. Hahahaha. masa aku nak trade in phone untuk beli phone Nokia Alien aku, ahmui yang jual kat aku tu periksa telefon lama aku dan pandang aku dengan muka syak wasangka apabila ringtone pertama aku ialah lagu Twilight Chapter 7, lagu kedua ialah lagu Jolin Tsai "Bu La Ge Guang Chang" dan lagu ketiga aku ialah lagu "Ye Ye Pao De Cha". Ahmui tu pergi ke kaunter lagi satu dan berbisik-bisik dengan seorang lengchai/lalachai (bergantung pada pandangan korang. kalau korang suka fashion rambut oren senget2 tutup sebelah mata tu, mungkin dia lengchai. Pada aku yang rasa fesyen tu bodo, dia seorang lala). Dia duk bisik2 dan lepas tu tunjuk pada aku.

Tapi akhirnya dia jual jugak handphone alien tu dekat aku. Balik je rumah dan aku duk main2 phone tu, baru aku sedar ada gambar perempuan bertudung kat taman tema dalam one of the folders yang agak tersembunyi. Dari situ aku sedar, dalam dia pandang aku seolah2 aku telah mencuri telefon bimbit dari seorang peminat Jay Chou untuk ditrade-in, sebenarnya diorang yang jual aku telefon trade-in/curik.

Aku memang tak maafkan ahmui dan jantan lala tu sampai sekarang.

Ya, cerita ni tak ada kena-mengena dengan lagu ni pon. Tapi bselepas bertahun-tahun aku meninggalkan era obses Jay Chou (album terakhir yang aku beli ialah "November Chopin". Jay Chou fans would know which one is that), dan bila aku terbaca news tentang Jay Chou teringin nak jadi seorang bapa sebelum berumur 40 tahun (heh, 6 tahun lepas, masa aku baca artikel fasal dia, dia kata "before 35". Ni dah tambah lagi lima tahun? Dasar....), tiba-tiba aku teringat saat aku disangka pencuri tapi rupanya aku yang ditipu.



No comments: