Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, August 1, 2011

Souma Ghadin

Biasanya setiap Ramadhan aku mesti ada cerita tentang puasa2 yang lalu. Tapi tahun ni aku busy tahap ayam. Ayam tengah busy sekarang, diowan (diowan - short for "dia haiwan", sebab kalau nak guna "diorang", dah kene jadi manusia plak) tahu by the end of this month they will become rendang.

Spiking of rendang (yang mana aku mesti nak sebut jugak, merupakan makanan rasmi orang Minang), arini mak aku masak rendang. Best wooo. Pedas tahap berdarah hidung. Perut pun rasa macam nak berdarah dah.

Oh aaaaanyway...
Ramadhan or not, tahap kerja memang mencarut-worthy. Tadi si Shikin tanya kat aku berapa banyak dah page aku tulis untuk project trinovel. Aku kata empat page, pastu die gelakkan aku sebab aku yang kerja kat rumah ni tak siap2 kerja. Ha'ah la. Orang lain pergi kerja, balik rehat. Aku punya tempat rehat dah dijadikan opis, jadi mengikut pakar psikologi, aku dah mengalami simptom tidak-boleh-membezakan-masa-antara-kerja-dan-rehat. Hari ni je aku dah duk tibai dua muvi translation. Ni tengah intermission kejapla ni, tulis blog.

Tulah dia. Orang kata kalau duk kejar harta dunia, miskin harta akhirat. Aku ingat bulan puasa ni nak berhenti buat kerja banyak sangatlah. Asal ada je cukup. Itu impian aku. Masalahnya, impian aku dengan jumlah projek yang bos aku hantar mana sama. Bos aku sekarang macam dah tak anggap aku freelancer. Diorang dah melayan aku cam aku ni pekerja tetap diorang yang duduk rumah. Jadi mengambil CD jam 9 malam pada malam Sabtu tu adelah perkara yang dikira biasa. Takde makna Labor Act dalam kehidupan aku. Hahahaha.

Jadi aku memang tak ada cerita tentang bulan puasa. Tapi kalau difikirkan, suatu hari nanti bila cucu cicit aku tanya (kalau aku sempat bercucu cicit dan negara tak diserang tentera monyet) tentang kisah puasa aku pada tahun 2009 - 2011, aku akan katakan pada mereka, sumpah haku tak hengat amende.

Hmmm... aku memang tak hengat apa2 yang berlaku pada tahun 2009 - 2011. Aku cuma ingat satu je. Kes mahkamah. Aku rasa selain kes mahkamah, dunia aku bleak dan berlalu bagaikan dunia seorang pemabuk (Ramadhan2 ni menyamakan diri dengan pemabuk? Cis). Kalau suruh senaraikan baju raya aku pun aku tak ingat. Siapa nak hengat raya di mana diorang kene bagi duit raya instead of dapat duit raya? Aku paling ingat raya tahun 1998 je, sebab masa tu Paklong bagi duit raya RM50, and mak cik pun sama. So memang tahun tu aku rasa sangat kaya.

Apesal aku cerita fasal raya? Berbalik kepada Ramadhan.

Aku rasa aku tak akan tidor sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah kalau korang sangka aku alim. Tapi sebenarnya kerja aku melambak - ni sume salah Astri Pelangi. Kalau tak, mesti aku dapat translate citer Arab macam tahun lepas. Bertambah jugakla amalan aku translate kisah para sahabat, kan? Bab ibadah tu, lebih baik itu antara aku dengan Dia. Ibadah juga macam hal bilik tidur. Tak perlulah cerita dengan orang. Hahahahaha.

2 comments:

Ohimesama said...

happy fasting shai..

and working as well...

:)

Shai Kamarudin said...

happy fasting cik biey... ^^