Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, August 22, 2011

Encik Acer

Laptop ACER aku rosak.

Which means seluruh jadual kerja aku disrupted. 

Aku memang insan yang buat kerja dengan messy sebelum ni. Tapi sejak aku ambil banyak projek, aku hidup berjadual dan menyedari betapa annoying-nya bila sometimes kena deal dengan orang yang tak ada sistem. Ia juga bermakna kalau ada satu benda yang rosak, ia mengganggu pergerakan jadual kerja aku. Benda agak trivial sebenarnya, tapi aku still rasa annoyed.

Disebabkan aku cuma ada 2 free weeks daripada kerja translation, aku dah set the first week for scanning (which aku guna ACER sebab printer/scanner aku versi lama yang tak boleh di-read dek VAIO), while the second week - minggu raya - adalah untuk kerja menulis novel (which aku guna VAIO sebab keypad dia jarang2 dan skrin lebar, syok wooo kalau nak menulis novel, selain daripada main Left4Dead2.... takdela, mana ada aku main game tu. Aku kewanitaan, do). 

Ha? Apa? Jadual untuk cuti raya? Takde. Tahun ni aku raya sampai pukul 1 tengah hari di raya pertama je. Selebihnya aku kerja. Oh, sila ingatkan aku untuk guna free passes TGV aku sebab benda tu expire 31 Ogos. Aku tatau apa jela citer bodo kat wayang raya ni....

Oh, back kepada cerita yang aku je excited cerita tapi takda sape pedulik ni, aku baru nak buat kerja scanning bila tetibe aku mendapati ACER tak  menyala. Mengamuk kot. Aku cuma tinggal 5 buah album je lagi sebelum free from scanning work, tapi laptop plak buat perangai. Tak boleh nak guna VAIO untuk kerja scanning sebab VAIO tak support version printer yg dah buruk tu. Nak repair ACER alang kepalang pulak, memandangkan sebenarnya aku dah tak guna lagi laptop tu.

Lepas mengamuk selama 5 minit, aku putuskan untuk hantar repair jela. Kenapa? Sebab ada banyak document dalam ACER. Ada manuskrip asal AKN dan Plain Jane dalam tu, ada banyak gambar yang aku tak sempat nak pindahkan ke VAIO lagi, ada banyak lagu yang aku for sure tak akan carik semula. ACER was my life. I have 3 years worth of life inside the laptop. So I am repairing it just for the sake of those memories.

Tapi kalau kena reformat balik, aku trade in jela menatang tu untuk beli printer baru. Jadi kalau dia rasa dia tak nak di-trade in, lebih baik dia jangan buat perangai mengarut dan hanya mengalami masalah pin charge je seperti yang dikatakan oleh minah kedai repair tu. Kalau dia nak buat masalah dalaman yang makan lima enam ratus, memang aku tinggalkan je dia kat kedai tu.

Kau dengar tak, Encik Acer? Kau dengar tak ugutan aku ni?

No comments: