Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Thursday, July 7, 2011

Thank you

Kadang-kadang, bila aku tengok kawan-kawan yang dah berjaya dalam hidup dan yang dah settle down, memang aku rasa jealous. It feels like, at least diorang dah bukak buku baru dalam hidup. Meanwhile aku? Masih lagi duduk di rumah menulis dengan secawan kopi susu kambing atau Oligo Cocoa di tangan. Tapi bila aku fikir balik, kenapalah tak bersyukur dengan Tuhan ye? Seingat aku, kebanyakan impian aku sebagai insan single, Allah dah pun makbulkan. Hahaha.

PART ONE: Aku dah jumpa dengan insan yang aku nak jumpa

Bukanlah semua orang. Aku redha la ada insan2 yang aku tak akan dapat jumpa even kalau mereka ni hidup pada abad ni pun (apatah lagi dah tak ada) sebab terlalu tinggi darjatnya bagi aku insan yang tak seberapa (Rasulullah SAW, Salahudin Al-Ayubi), dan juga tak jumpa sebab dah tak ada (Jane Austen, Clark Gable, John Lennon). Tapi sekalipun ramai lagi yang aku belum dapat jumpa face to face (Tok Guru Nik Aziz), tapi aku dah dapat jumpa mereka2 yang aku hormat ni:


i. Prof Emeritus Khoo Kay Kim : Aku pegi interview dekat  SUHAKAM dan ditemuduga leh beliau. Rasa sangat honoured dapat bercakap sendiri dengan beliau, shake his hands dan assured that they will call me if I'm pick. Aku memang tak terpilih pun, tapi at least Prof Khoo yang buat janji palsu tu kat aku. Hahahaha.


ii. Mamat Khalid : Pergi cover filem ESTET kat Kuala Kangsar dan dapat dengar sendiri idea dia tentang filem. Aku memang pengikut kerja dia sejak "Rombongan Kak Kiah ke Komanwel", jadi masa tu sekalipun atas tujuan kerja pun, aku still rasa sangat best.


iii. Rusdi Ramly: ........................ what? Dulu aku minat dia. Tapi lepas dapat jumpa, rasa biasa je. Hahaha.


iv. Suwit Mangkhala: Aku pergi interview kat Kedutaan Thai untuk jadi setiausaha dia........ Ok fine, dia bukan selebriti. Aku saja sebut nama dia sebab hensem tak hengat. Dahla kelakar, hensem, setiausaha politik plak tu. Berapa kali nak jumpa seumur hidup? Hahahahaha. Sebab tu Allah tak bagi aku kerja tu. Nanti aku berdosa je setiap hari drooling over the guy.


v. Mustapha Maarof: Dulu aku consider dia antara pelakon melayu paling hensem apatah lagi dalam filem BAWANG PUTIH BAWANG MERAH. Siapa pedulik Latifah Omar pakai kemban dalam cerita tu. Mustapha Maarof ah yang paling menarik perhatian sekali. Masa jumpa dia kat FINAS, aku cam "Wargh!! This dude married Roseyatimah! This is the sultan! The sultan!!!"


vi. M.Nasir: Ok fine, aku cuma pergi konsert dia je. Tapi still.... stillllll.... It's M.Nasir!

vii. Anwar Ibrahim: Aku jumpa masa kat sekolah dan Anwar masih Timbalan Perdana Menteri. Masa tu ada meeting amende tah kat sekolah aku... rasanya dipergunakan UMNO untuk buat mesyuarat ke apetah. Tak hengat. Tapi aku KRS dan kena jaga jalan (kenapalah diorang ni suruh budak sekolah jaga jalan untuk diorang instead o suruh budak2 belajar?). Anwar bagi ucapan dan aku dapat gambar dia walaupun twi years later aku kehilangan wallet aku yang simpan gambar tu. Sayang gila, sebab I think it is one of those last moments of Anwar as a Deputy PM. Tapi ironically, at the time I met him, I did not like him because of the whole purdah issue that he failed to address.


viii. Sharah Ibrahim: Betapa anehnya, satu masa dulu aku cuma dapat tengok gambarnya kat dalam majalah saja tapi akhirnya, aku dapat jumpa dia bukan sekali tapi berkali-kali sambil buat lawak tepape dan ditepuk belakang secara berkali2 sebab asik cakap benda yang mengarut dengan dia. Ya, bila aku jadi novelis untuk Buku Prima dan Karangkraf, akhirnya aku bekerja dengan dia.


ix. Kim Ha-neul: Dulu aku minat Kim Ha-neul. Tapi sayangnya aku cuma dapat jumpa dia masa aku dah tak minat dia lagi. Benda ni selalu berlaku kat aku. Aku asyik jumpa artis yang aku pernah suka dan tak suka lagi dah. Aku rasa one of these days mungkin aku akan dapat jumpa Jay Chou (sebab dah tak minat lagi).


x. Tok Guru Abdul Hadi Awang: Kitorang pergi rumah dia masa dia jadi Menteri Besar Terengganu. Hahaha. Kenapa? Sebab boleh. Kalau nak masuk rumah menteri besar lain pun semudah tu, dah lama kitorang masuk. Tapi dah banyak sgt protokol, takde makna la nak pegi. Ni tak, umah Hadi Awang ni, ko drive through je ala McDonald. Pagar pon tak kunci. Hahaha. Masa kitorang datang, dia tengah nak blah gi meeting.

Sekarang ni impian aku ialah nak jumpa Stephen King. One of these days, aku nak beli tiket carik dia kat Maine, stalk dia ala2 Annie Wilkes dalam MISERY. Muahahahaha.

3 comments:

Abg Bob said...

bila masa plak ko jumpa Kim Ha-neul? Dia ada datang sini ker?

Tuan Guru Nik Aziz pun senang nak jupa. Pergi masjid dia kat Pulau Melaka tu, insya-Allah ado

Ayana Ahmad said...

Insya Allah nk jumpe kak Shai one of these days nnti! Hahaha:DD

Love u!!:)

Shai Kamarudin said...

fir - masa kat spore dgn swee
ayana - ailavyutubebeh!