Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Friday, June 24, 2011

How the week has gone with the wind...

It seems like the universe is conspiring for me not to write my next story.

Aku telah berusaha sedaya upaya selama tiga minggu untukmenyiapkan semua kerja yang aku patut buat dalam masa sebulan, demi mendapatkan satu waktu clear untuk aku menulis novel. Aku dah bahagikan masa aku:
Siang : Kerja translation
Malam : Kerja gosip news (and reviews if any)
Tengah malam : Menulis novel

But there is a thing called "Shai cuma ada sepasang tangan dan sepuluh jari", which means that even when I have a lot of energy in my body tapi kalau jari aku sakit... to quote JAMBU... "...apa pun tak boleh".

So minggu ni sepatutnya aku siapkan semua kerja aku yang ada jadi aku dah ada masa full time untuk novel. Tapi tiba-tiba hari Selasa Aying warded. Okay, for those yang tak tau, Aying is my brother, the third in my family. Dia dah demam sejak Jumaat tapi tak kebah2 dan asyik demam balik (atau dalam bahasa Indonesia, "Penyakitnya kambuh"). So Selasa tu dia pun pegi drive semula ke DEMC untuk check dengan doktor. Pergi pagi, sampai pukul 12 tak balik2. Tau2 je rupa-rupanya dia kena tahan kat hospital untuk check darah.

So the whole issue was... Aying suspected denggi. But doctor also suspected him kena kencing tikus (which is funny when you say it, NOT funny when it becomes your disease). Tapi DEMC punya second and third class wards dah penuh, so cuma tinggal first class wards yang harga over RM500. Sekali lagi aku katakan, kalau aku ni Ramlee Awang Murshid, mungkinlah aku biar je dia masuk ward first class tu (ahaha, sorry Abang Ramlee, ni kira cam saya mendoakan prosperity abang la ni). Tapi siapa nak bayar? Insuran pun tak akan cover penuh ward first class.

Bertambah pening kepala aku ialah bila ayah aku pulak ada masalah pendengaran, which means, it's like I am the only one there to make decisions. Dad wants him to be transferred to PPUM. Done. Doctor tanya sama ada nak hantar dia sendiri ke hospital atau nak pakai ambulance. Here is my train of thoughts at that time:

1. Kalau naik kereta, ayah kena hantar kereta Iswara balik rumah and then come back for the Kancil. I can't drive - I don't have a license because I have trust issues with other drivers. Isn't that cute?
2. Kalau naik ambulance, at least dia akan hantar terus ke ER, which means less hassle in trying to locate kat mana nak daftar, kat mana nak tanya itu dan ini. Since we're in Malaysia, you know how it is...
3. I can ride in an ambulance and explore something new just in case I wanna write such scene in a novel.

So, dengan bayaran sebanyak RM270 (yes, ambulance swasta is THAT expensive) riding a very uncomfortable van angkut-like ambulance that have a very noisy siren and makes you think, "No wonder people died on the way to the hospital", I sent an SMS to my sister (yang tengah dalam perjalanan balik ke rumah) to come to the hospital segera because I only have RM50 in my wallet.

Sent the dude into the ER, uruskan semua hal pendaftaran dan X-ray fee, bladiblabla, then listen to the ER doctor yapping away about how people always want to sue them (if she didn't stop, I swear to God I will sue her) dan sejam lepas tu baru mak, ayah dan kaklong sampai.

Balik rumah only after 11pm, lepas Aying dapat wad. The only good thing about dengue (nope, nothing is good about dengue), is that you don't share a room with anybody else. Balik tu tak tido sebab cuba nak menulis, lepas tu baca plak komen editor aku dan dalam penat2 tu aku suruh dia scrap out jela kerja aku (there was no room for thinking about Girls Generation photo at that moment). Memang tak boleh tido sampai Subuh.

Esoknya plak boss satu lagi email tanya kalau aku boleh buat another set of translations. Aku terpaksa tolak for the week sebab kena ulang alik tengok si Aying. Petang tu my cousin Dila and family datang jenguk, same goes with Pak Long yang datang dari meeting. Tak boleh tidor jugak malam tu sebab kena siapkan kerja. Pukul 4 baru nak merangkak naik katil. Tapi belum sempat rasa tidur yang nyenyak, mak panggil kata Aying dah discharge. Pergi pulak uruskan dia punya discharge bills and blablablabla (I hate company HR. Their lateness membuatkan aku terdampar di kaunter bayaran selama sejam).

Oh by the way, PPUM has the weirdest building blocks ever. My family sesat nak ke ER, then aku sesat nak ke ward Aying, and earlier today nurse bagi arahan yang salah untuk tunjuk kat mana kaunter admin. Entah kenapa la orang yang kerja kat bangunan sendiri tak tau kedudukan utama admin part dan which fax number is to be used for faxing GL.

Tengah fikir yang bila Aying dah keluar ni aku boleh la start menulis novel, boss translation bagitau esok dia akan datang hantar kerja, aku ada press conference and movie screening on Tuesday and my weekend akan dipenuhi activity booksigning Pesta Buku Selangor (whisch is at 2 to 5pm. Harap maklum). Where was my novel-week? Gone with the wind.

Oh by the way, thanks to semua yang concern dan mendoakan kesihatan Aying. Alhamdulillah he is okay now and dah mula menjahanamkan laptop aku balik serta menengok AVATAR untuk kesekian kalinya sampai aku rasa nak muntah tengok makhluk biru. Drats.

Aku ni menulis blog ke menulis diary ke menulis novel hidup sendiri?

2 comments:

Miss CJ said...

Ko menulis untuk kesemua di atas.

Baru tau adik ko warded, nasib xde apa².
Makanan spital PPUM sedap x? Hehe

Shai Kamarudin said...

ahahaha entah. tapi dia kata sup ayam diorg sedap tp sayur hancus. akakakaka