Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, May 9, 2011

Kisah abang Ramlee

Aku ada meeting penulis minggu lepas.

Oh, orang selalu sangka bila aku kata "Oh royalti masuk bulan ni." maknanya aku boleh belanja diorang makan. Bukan aku tak mahu belanja orang makan dengan duit royalti aku. Tapi senang kata macam nilah.

Kalau aku boleh belanja orang makan guna duit royalti aku, memang dah lama aku tak kerja lagi dengan empat buah syarikat berbeza dan ambil kerja tambahan Sabtu dan Ahad. Ingat seronok ke kerja pukul tiga pagi masa semua orang dah tidur?

Tapi dalam meeting tu, abang Ramlee bagi ucapan. Sekarang ni adalah era Ramlee Awang Murshid. Semua orang harus akui hal tu. Aku rasa aku patut share dengan korang jugak kisah abang Ramlee yang dia ceritakan pada kitorang. Dia bukanlah penulis yang write one hot novel dan terus meletup. Dia datang dari bawah dan sebab tu aku sangat awed dengan kisah dia sebab aku rasa aku pun berada di tahap tu sekarang. Royalti dia cuma dua tiga ratus. Ada ketikanya kedai buku tak mahu ambil buku dia sebab buku dia tak dikira bestseller. Dia ambil masa 15 tahun untuk berjaya macam sekarang.

Tapi satu perkara yang dia rajin buat dari dulu ialah berzakat. Tak kira berapa sikit sepo'et pon duit yang dia dapat, dia akan zakatkan sedikit. Ya, aku kadang-kadang lupa tentang hal ni. Kebanyakan kita lupa hal ni sebab kita asyik fikir tentang bil dan apa yang kita patut beli. Kita lupa yang kita ada social responsibility. Aku rasa mungkin sebab tu juga rezeki aku mahal. Apa salahnya kalau aku tak makan KFC dalam dua tiga bulan kan? Apa salahnya kalau aku tak ada baju baru kan?

Tapi sebagai manusia kita selalu lupa dan kata-kata abang Ramlee tu menyedarkan aku yang adakalanya aku terlalu berfikir tentang benda yang aku tak boleh ubah. Aku tak boleh paksa orang suka baca novel aku. Aku tak boleh paksa bosses bagi upah lebih pada aku. Aku tak boleh suruh bil berhenti dari muncul dalam peti surat. Tapi aku boleh ubah diri aku sendiri. Aku boleh kurangkan apa yang perlu dan lebihkan apa yang patut.

Dalam meeting tu ada cabutan bertuah. Semua orang tertunggu2 SAMSUNG Galaxy Tab yang didermakan oleh Dato' Hussamudin. Tapi akhirnya jatuh ke tangan Damya Hanna. Aku rasa semua orang masa tu ada that thought "Oh, tapi aku kan lebih miskin dari Damya Hanna...." sambil menangisi nasib diri. Hahaha. Tapi lepas tu Mun cakap kat aku...

"Dia dah terkenal dan royalti dia banyak. Jadi mungkin kalaupun dia berharap untuk dapat, harapan dia tak setinggi orang lain. Sebab tu cabutan tu dapat kat dia. Ko pulak suka kata "Aku memang selalu bernasib malang dalam cabutan bertuah", so memang universe pon kasik travel aura negatif ko tu."

Hahahaha. Aku rasa macam tulah.

Aku dah lima tahun jadi penulis? Aku ada lagi sepuluh tahun untuk tengok sama ada aku boleh capai apa yang abang Ramlee capai. Huhuhu.

Oh lepas tu pulak, pergi Frinjan untuk survey tempat nak bukak booth. Esoknya pergi tengok anak Iza dan Zamel, si Izz Fuady kat Bandar Seri Putra. Budak tu memang banyak cakap. Belum boleh jalan, belum boleh toleh kiri kanan tapi mulut nak bercakap. Bak kata Zamel, nanti dah besar terpaksa la dia bagi telinga kanan dia untuk Iza dan telinga kiri untuk Fuady. Hahaha, like mother like son. Aku pergi dengan Chaq - yang berjanji bahawa dia akan pergi kencing di kubur ex-boyfriend dia bila mangkuk itu mati nanti.

Ha, kalau korang tak percaya dengan beberapa babak dalam kisah tu yang korang kata tak mungkin pernah berlaku, sorry, wanita ini boleh beg to differ.

Khairunnisa Kamarudin dan budak bobok

5 comments:

amri said...

huiyyoo!
ade oven kat blkg tuh.
iza rajen buat kek ke?
huhuhu....

anak en lee said...

huu...ye laa..btol gak..
kdg2 kite lupe apa yg sepatutnya kite buat kann..

shai,leh aku tnya sket?
adakah wanita itu (dlm gambar) adalah org yg kamu maksudkan dlm ucapan kamu di kulit belakang NV kamu itu? huhuuhuhuhu...

Sejarah Baju Kurung said...

Salam.
5 tahun jadi penulis kat mana yer? Sorry tanya, sebab baru terjumpa blog ni.

Daripada:
Ain Syuhada@zezebel.
zezebel.com

Shai Kamarudin said...

ema - haha tatau la aku, tanya dak iza tu

angah - ha'a, ye, tu kawan aku yg aku tulis kat blkg tu

sbk - 5 years dgn buku prima

Anonymous said...

shai, izza jamu ko mkn apa ms dtg tgk bb dia?ekekeke..

aku br hbs bc NV..SGT suka.(^-^)keep up d gud work fren..trs t'pikat ak nk cr novel2 ko yg lain..ehehehe..pasni aku nk buat appointment spy ko sign kt those books..tp ko jgn salahkn train lg dh tau =p

best regards,
pzadin