Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Monday, May 30, 2011

Stuff and all the hoohahs

A week of no posts. Might be common to others but not for me.

Life updates:

1. Been doing loads of translations and news
- At first I thought that doing 5 gossip news would be a walk in the park. But then I realised that Koreans don't actually have a lot of scandal. They get married, they involve themselves in relationships, but not much sex scandals, different from let's say, Hong Kong artistes. THEM you see loads of scandals. But interestingly enough, two suicides in one week. That's gloomy.

2. I just can't be bothered with people
I also can't be bothered with blogging but then if I don't, that is like not living at all. I think my social conversation with a friend last week is when Mun came to the house to deliver crumbles for Kak Shana. I ditched karaoke for work. You know I never ditch karaoke for anything.

3. I went to Kak Shana's house to deliver her crumbles and pie
Met her three kids - Wifaq, Rihab and Nehal. Those kids are clever beyond words. At 4 years old, Ipak reads encyclopaedia and enunciating words like 'garisan khatulistiwa' with such ease. Unlike any other kids, they just play with random stuff like a cut-out ABC stickers and make em creative toys.  I 'flew' Rihab and then evveryone of them wanted to fly. By the time I got home, my arms hurts for flying them all (Wifaq goes "nak tiga! Nak tiga!" meaning nak terbang sekali tiga orang), and my jaw hurts for laughing too much.

4. We celebrated birthdays on Saturday
May is the month of birthdays for paklong, maklong, pakkak, makkak and makdik, dila, among the few. Paklong said we should celebrate with Obama too. Huhu. It started with nasi lemak, to desserts, to the gigantuous chocolate pecan cake, to grilled steaks... Uwan brought rendang daging pelanduk and my cousins brought their partners. Nana's boyfriend was so surprised at seeing us all communicate. Coming from a very quiet family, he can't fathom the fact that we are a loud bunch. Significantly speaking, our family is like an Italian family. We eat and have a loud voice.

Ok, that's enough. Get back to work.

Sunday, May 22, 2011

Workaholic sama messed up macam Alcoholic, cuma we don't drink benda haram dan unlike Alcoholic, we end up getting money, not wasting them.

Aku bekerja macam nak mati.

Mun kata this whole working frenzy is kind of worrying. It's as if one has choose to work not for the money but for the work. I know of such person - my uncle. He used to say that "24 hours is not enough for a day" and I used to laugh hearing that.

But now I guess it rings true.

I have taken a job with CO that I am not sure how to wing it, but somehow I can never not take a job. Then I thought, maybe I should stop doing translation work for at least a week to familiarise myself with my own pace in doing that particular job. But instead, my boss called and offered me to do the whole SAFA DAN MARWAH for June. SAFA DAN MARWAH for me is a bonus job. Yes, it eats my soul little by little with the dumbness of its plot, but still, it's easy money. I don't even need a dictionary for that one. The whole Safa Marwah in June is like, I don't know.... 35 1-hour episodes? The only bane is that when I do SAFA DAN MARWAH, I have little patience for everything else. What it means is that:

i. I don't care about people on YM. And if they force me to talk to them, I will snap.
ii. Anything mum say at the moment goes in and out like a fart-wind.
iii. I get mad when people use the advice "You should go out once in a while."
iv. My state of emotional being is really high. If one even say trivial things like "Oh my God, my husband is so annoying." I will answer, "Woi babi, kalau ada husband boleh bersyukur tak? Jangan jadikan nikmat kemudahan sebagai satu kesengsaraan." Beware of my SAFA DAN MARWAH mood.
v. I will have issues with people talking about expensive stuff and how they don't have enough money to buy them. Kalau tak ada duit jangan beli. Jangan nak mengada2 lepas tu bila tak ada duit nak beli keperluan, nak bising kat orang lain. Menyampah nak dengar tau tak? ME-NYAM-PAH...... oh my, belum lagi aku start buat SAFA DAN MARWAH, mood SAFA DAN MARWAH aku dah muncul.

So of course I said yes and I will do it... yela, aku kan "BERTUAH" sebab tak ada expenses nak dibayar kononnya.... BERTUAH betul aku ni. Alhamdulillah, aku belum kufur nikmat yang Allah bagi lagi. Masih lagi boleh hidup sekalipun aku kerja setiap hari tanpa berhenti.

But anyways, this is just a heads up. June is not a good month to be "mengadu dekat Shai" thing. I know, I kept saying April will be busy month, May will be better, but then I got busier in May, and then I said "May is so busy, maybe June will be better" and June is packed with stuff. I am sorry. Let me just put it like this.

I work with four different companies altogether. I have four different bosses that have four different approach towards how I work and four different time lapses in giving me answers I need even when I need it urgently. I also have a new venture I am getting myself into with this whole strawberry chocolate business. So that makes it five. Two of the companies where I work doesn't give me one type of work. It varies. Another company is subjective - as I may work for them or for another company that does the same thing like they do or do both at the same time.   So how many work I do in a week? Godzilla-many. That's how many.

Even Bill Gates will be proud. I work like those Chinamen in the era of Mao Zedong. Like a Mexican immigrant. Like those masons building the pyramid.  

Oh, I also have Pesta Buku Selangor in June. So......

*Watching Jalan-jalan Cari Makan right now. Qi Razali really doesn't know how to express taste.

Thursday, May 19, 2011

Monolog seorang wanita dan asam pedas

Sometimes I do not know what else is there to blog about.

Semalam pergi makan di UNITEN. Dah lama tak makan asam pedas Melaka kat sana. Aku dan Mun tengok gerai yang jual asam pedas tu dah ada papan tanda dan nama. Dulu cuma "Asam Pedas Melaka" sahaja. Lepas tu aku kata, "Wow, sedar tak kali terakhir kita datang sini adalah 2 tahun lepas?"

Kali pertama aku makan di UNITEN, kami baru selesai berkursus untuk membuka tadika. Masa tu kami  semua penuh harapan. Dapat makan asam pedas ikan patin kegemaran aku. Sedap gila. Rasa hidup akan bertambah baik lepas apa yang berlaku dalam hidup sebelum tu. Aku baru berhenti daripada kerja freelance subtitling dan review filem. It's a new life for all of us.

Kali kedua aku makan di UNITEN, kami baru pulang daripada ministry dan dapat tahu cita-cita kami tak akan jadi kenyataan. Masa tu kami dah putus harapan. Aku nak asam pedas ikan patin itu untuk mengubat hati tapi dah habis. Jadi aku beli asam pedas ikan bawal dan rasanya tidaklah sesedap mana. Rasa macam tak ada yang betul dari sudut career dan relationship. Rasa semuanya terbang.

Kali ketiga aku makan di UNITEN, kami baru pulang dari LimKokWing. Dari sebuah tadika, kami mulakan perniagaan dessert-based pula. Mak cik di situ kata mereka tak lagi jual asam pedas ikan patin. Jadi aku beli asam pedas ikan siakap. Rasanya tak sesedap patin tapi lebih lazat dari bawal. Waktu ini kami tidak lagi punya apa-apa harapan. Kami tidak berharap, kami tidak berputus harap. Aku kembali bekerja membuat sarikata dan ulasan filem. Aku bekerja tanpa perasaan, tanpa emosi, tanpa komitmen, tanpa keinginan yang lebih untuk apa-apa. Aku umpama robot in this one huge cycle of life. Optimus Prime juga lebih bernyawa daripada aku.

Hidup aku ni macam satu kitaran yang tak pernah berakhir kan?

"Eeeeeeeeevvvveeee..."

Sunday, May 15, 2011

have a break, have a cake

Sorry. Have been busy. Oh jap, STILL. Still busy. Aku tengah take a break kejap dari kerja untuk update blog just because dah seminggu tak tulis apa-apa.

i. Gonna start on trionovel with Liza dan Zara. Aku  agak excited nak start on this project sebab dah lama aku nak buat trionovel ni tapi tak jumpa kaki yang ada that same understanding f what I want to achieve. I am not looking for a plot, atau ceritera. Aku mencari kaki yang sama-sama boleh menulis tema yang mudah. Finally I met Zara ("Coklat, Bunga & Si Cupid) dan Liza ("Roti Cicah Susu") yang both from the same publisher and otak tak berapa nak waras.

ii. Aku diberikan banyak kerja translation Indonesian oleh cik bos. Kami sama-sama dah jadi robot tanpa perasaan, terjemah je tanpa cuba jadi rasional terhadap cerita. Orang tanya kenapa aku tak translate cerita Korea. Well, I have been offered to, aku tolak sebab aku takleh nak bagi komitmen, dan juga sebab aku bekerja untuk profit. Sinetron Indonesia tak pernah kedekut pada aku. It's different from Korean stuff. Aku pedulik apa kalau orang kata citer Korea lagi best. Dari sudut pandang seorang penterjemah macam aku, adalah sungguh tak bermakna.

iii. Aku busy. Aku harap semua orang boleh faham bila aku jawab soalan dengan "Ha", atau jawab SMS dengan hanya "K" sahaja. Aku masih belum start menulis apa2 novel pun sebab aku terlampau busy. Tapi dalam masa yang sama aku masih juga mengambil banyak projek. Kalau orang tanya kenapa, senang kata kerja adalah rezeki. Selagi aku tak pengsan buat kerja, selagi tulah aku akan ambil projek.

iv. Bulan ni aku baru dapat Pirates of the Caribbean je. Bermakna bulan ni aku cuma tengok wayang sekali je. Ya, aku cuma tengok wayang pada pagi hari dan apabila diberi press preview. Aku telah menjadikannya satu motto berjimat cermat: Hanya tonton wayang apabila anda disuruh dan dibayar untuk pergi menontonnya. Bulan lepas aku berjaya bukan sahaja tengok wayang hanya sekali, tapi aku juga berjaya untuk keluar ke pusat membeli-belah sekali saja, yakni pada hari press preview. Muahahaha. Thrifty sungguh kan?

v. Aku masih belum berjaya menulis sebarang cerpen untuk Dewan Siswa atau Tunas Cipta sebab tahap kebizian yang melampau ini. Maafkan saya, Kak Eton.

vi. Jumaat ini insya Allah GMO akan bukak booth di Plaza Lim Kok Wing untuk Flea Market Merah Putih Club. Strocho pie akan dijual di sana. Kalau rajin, datanglah beramai-ramai untuk merasa strocho pie kami. Harga pengenalan hanya bertahan sampai akhir bulan ni saja. Marilah lekas merasa harga pengenalan ni beramai2. Haha.

Ok, nak sambung kerja.

Monday, May 9, 2011

Kisah abang Ramlee

Aku ada meeting penulis minggu lepas.

Oh, orang selalu sangka bila aku kata "Oh royalti masuk bulan ni." maknanya aku boleh belanja diorang makan. Bukan aku tak mahu belanja orang makan dengan duit royalti aku. Tapi senang kata macam nilah.

Kalau aku boleh belanja orang makan guna duit royalti aku, memang dah lama aku tak kerja lagi dengan empat buah syarikat berbeza dan ambil kerja tambahan Sabtu dan Ahad. Ingat seronok ke kerja pukul tiga pagi masa semua orang dah tidur?

Tapi dalam meeting tu, abang Ramlee bagi ucapan. Sekarang ni adalah era Ramlee Awang Murshid. Semua orang harus akui hal tu. Aku rasa aku patut share dengan korang jugak kisah abang Ramlee yang dia ceritakan pada kitorang. Dia bukanlah penulis yang write one hot novel dan terus meletup. Dia datang dari bawah dan sebab tu aku sangat awed dengan kisah dia sebab aku rasa aku pun berada di tahap tu sekarang. Royalti dia cuma dua tiga ratus. Ada ketikanya kedai buku tak mahu ambil buku dia sebab buku dia tak dikira bestseller. Dia ambil masa 15 tahun untuk berjaya macam sekarang.

Tapi satu perkara yang dia rajin buat dari dulu ialah berzakat. Tak kira berapa sikit sepo'et pon duit yang dia dapat, dia akan zakatkan sedikit. Ya, aku kadang-kadang lupa tentang hal ni. Kebanyakan kita lupa hal ni sebab kita asyik fikir tentang bil dan apa yang kita patut beli. Kita lupa yang kita ada social responsibility. Aku rasa mungkin sebab tu juga rezeki aku mahal. Apa salahnya kalau aku tak makan KFC dalam dua tiga bulan kan? Apa salahnya kalau aku tak ada baju baru kan?

Tapi sebagai manusia kita selalu lupa dan kata-kata abang Ramlee tu menyedarkan aku yang adakalanya aku terlalu berfikir tentang benda yang aku tak boleh ubah. Aku tak boleh paksa orang suka baca novel aku. Aku tak boleh paksa bosses bagi upah lebih pada aku. Aku tak boleh suruh bil berhenti dari muncul dalam peti surat. Tapi aku boleh ubah diri aku sendiri. Aku boleh kurangkan apa yang perlu dan lebihkan apa yang patut.

Dalam meeting tu ada cabutan bertuah. Semua orang tertunggu2 SAMSUNG Galaxy Tab yang didermakan oleh Dato' Hussamudin. Tapi akhirnya jatuh ke tangan Damya Hanna. Aku rasa semua orang masa tu ada that thought "Oh, tapi aku kan lebih miskin dari Damya Hanna...." sambil menangisi nasib diri. Hahaha. Tapi lepas tu Mun cakap kat aku...

"Dia dah terkenal dan royalti dia banyak. Jadi mungkin kalaupun dia berharap untuk dapat, harapan dia tak setinggi orang lain. Sebab tu cabutan tu dapat kat dia. Ko pulak suka kata "Aku memang selalu bernasib malang dalam cabutan bertuah", so memang universe pon kasik travel aura negatif ko tu."

Hahahaha. Aku rasa macam tulah.

Aku dah lima tahun jadi penulis? Aku ada lagi sepuluh tahun untuk tengok sama ada aku boleh capai apa yang abang Ramlee capai. Huhuhu.

Oh lepas tu pulak, pergi Frinjan untuk survey tempat nak bukak booth. Esoknya pergi tengok anak Iza dan Zamel, si Izz Fuady kat Bandar Seri Putra. Budak tu memang banyak cakap. Belum boleh jalan, belum boleh toleh kiri kanan tapi mulut nak bercakap. Bak kata Zamel, nanti dah besar terpaksa la dia bagi telinga kanan dia untuk Iza dan telinga kiri untuk Fuady. Hahaha, like mother like son. Aku pergi dengan Chaq - yang berjanji bahawa dia akan pergi kencing di kubur ex-boyfriend dia bila mangkuk itu mati nanti.

Ha, kalau korang tak percaya dengan beberapa babak dalam kisah tu yang korang kata tak mungkin pernah berlaku, sorry, wanita ini boleh beg to differ.

Khairunnisa Kamarudin dan budak bobok

Sunday, May 8, 2011

My Achilles Tendon

My achilles heel is my tendency to find the dark side of good, and the goodness of the dark side.
(Kelemahan aku ialah mengenal pasti kejahatan insan mulia, dan mengenal pasti kemuliaan insan yang jahat)

What is yours?

Wednesday, May 4, 2011

The Strawcho Mission

Oh, gue mau ganggu kamu2 semua seketika.

This is a new project blog yang diasaskan oleh member aku Munira yang sedang bereksperimentasi dengan strawberi dan coklat (ye, aku tahu ironinya. Hahaha). Aku tukang update blog and buat sales secara metafora dan subliminal buat masa ini dan akan mempromosikannya dengan cara lebih besar nanti. Tapi if you guys rajin, please promote this for us, okay?

And kalau nak beli, EVEN BETTER!!!!

Antara yang dijual ialah :

Yummy, no?

Sunday, May 1, 2011

Le Freak C'est Chic

What is a chic lit?

Well, of course, the actual term is chick lit - which means literature for girls. But aku menganggap term "chick" tu sangat menghina, as if "chick" adelah golongan wanita yang malas berfikir, hanya tahu berangan dan berfantasi tentang lelaki kaya dan bergaya yang baik hati.

So I called the reading as CHIC lit - smart, stylish read. The one that you read you get something from it. Pioneers of such books termasuk Jane Austen dan Charlotte Bronte, walaupun pada aku Bronte is not much of an Austen. Pioneer of such novels kalau di Malaysia pada aku ialah Khadijah Hashim seperti melalui karyanya "Aisyah".

Apakah chic lit pada aku?
Ia adalah karya dengan protagonis wanita yang independent, smart dan berjaya dengan usaha sendiri. Feminisme? Nope. Itu idea yang sangat singkat. Sebagai seorang wanita Islam, aku dilahirkan ke dalam dunia ni dengan mengetahui bahawa wanita itu bebas berfikir. Jadi feminisme pada aku hanyalah idea celup barat yang terlalu extreme.

Tapi chic lit bagi aku adalah karya berbentuk women dealing on their own. Kalau ada watak lelaki, itu hanyalah penyeri. Mungkin sebab tu orang tanya kenapa sedikit sangat watak hero. Hero? Aku tak create heroes because in my real life, I save myself. I am always in constant need to figure out things on my own. So to create a dominant male role to be called saviour is irrelevant to me.

Cecelia Ahern's P.S. I Love You merupakan one of the greatest chic lit I have ever read and watak utamanya Holly Kennedy menyelesaikan masalahnya sendiri. Yes, Daniel ada dalam pertengahan cerita tapi mengikut the real novel (dan bukan the sad lame movie adaptation), in the end she finds her own happiness. Although Sophie Kinsella masih menggunakan formula watak utama gaduh dengan watak lelaki, watak lelaki kaya, tapi in the end semua protagonisnya menyelesaikan masalah sendiri.And fine, Austen mengahwinkan Elizabeth Bennet dengan lelaki terkaya di Derbyshire and Pemberley, tetapi sepanjang novel Pride and Prejudice, anda membaca tentang pemikiran Lizzie, idea Lizzie dan bagaimana Lizzie observe dunianya - bukan macam mana Lizzie diselamatkan oleh Mr Darcy.

In VN aku berharap untuk menyampaikan bahawa even bila seseorang putus cinta, it's not the world around you yang akan mengubah anda - bukan lelaki lain yang jauh lebih hebat dari bekas teman lelaki, bukan kawan-kawan yang berada di sisi, tetapi diri anda sendiri. You can be the girl who weeps about the same thing till the end of time or you can be the girl who do something about it.

When my heart was broken, I write a book and get money from my misery. What do you do? That is the real question I am asking.

I hope that one day aku dapat menjadi seorang penulis yang mempunyai the ability to influence, sebagaimana Austen dan Khadijah Hashim telah berjaya influence aku. But di kala ini, aku cuma berharap orang nak baca buku aku. Kalau ada yang suka, Alhamdulillah. Kalau ada yang tak suka, itu kerana kita mempunyai citarasa yang berbeza. Misi di waktu sekarang ialah : membolehkan royalty novel membayar semua hutang-piutang dalam kehidupan. Kata Stephen King, kalau anda dah boleh menggunakan wang dari penulisan anda untuk membayar bil-bil rumah anda selama sebulan, anda dikira ada bakat.

Kira bolehlah ni..... hahahaha.

** in answering the question why the men in my book are so limited.