Notisbod notis:

Pembelian karya-karya Nurul Syahida kini boleh didapati secara online melalui ejen Mohamed Feroz atau melalui Karangkraf Mall. Setiap pembelian membolehkan anda mendapat tandatangan dan ucapan khas penulis.

Whatsapp/Hubungi: 019-2254910 (Abg Long)
Berikan (nama)(alamat)(nombor telefon)(kuantiti buku)

Wednesday, February 23, 2011

Malam Ku Bermimpi

Sebenarnya aku tak faham bila aku kata "Malam tadi aku mimpi..." dan ada yang kata "Ko ni mimpi pun ko ingat. Aku jarang mimpi." 

Macam mana boleh jarang mimpi? Atau soalan utama aku ialah, macam mana boleh ada masa tidur yang tak bermimpi langsung? Aku rasa seumur hidup aku tak pernah aku tidur tak mimpi apa-apa. Even tidur 5 minit pun aku boleh bermimpi. Lepas tu orang mulalah buat cerita mengarut macam;


"Kau novelis, mestilah banyak mimpi."

Kakak aku bukan novelis, banyak je mimpi dia. Si Mun pun bukan novelis, mimpi dia kadang-kadang lagi mengarut dari aku.

Mimpi aku ada banyak jenis. Tapi sebab aku manusia normal yang juga ada mimpi erotik privacy, aku ceritakan bab mimpi-mimpi yang selalu mengganggu hidup aku.

i. Mimpi pakai tuala je.
Sudah. Aku benci gila spesis mimpi ni. Pakar tafsir mimpi (aku tak tahula kenapa orang buat kerja ni. Masa sekolah dulu bila cikgu suruh buat karangan Bahasa Melayu tentang cita-cita, apa yang diorang tulis? "Saya ingin jadi ahlil nujum"?) mengatakan bahawa mimpi tak pakai baju/tak cukup baju menandakan rasa ketidakyakinan diri.
Suka hati mak bapak diorangla amende pun diorang nak mengarut, tapi yang pasti aku benci gila mimpi pakai tuala ni. Ada sekali tu masa aku mimpi aku cuma bertuala tu, aku pandang diri sendiri pastu mumble, "Crap, mimpi ni lagi." - aku rasa subconscious aku pun dah naik fedap dengan mimpi tuala ni. Lepas tu setiap kali aku mimpi cuma bertuala tu, time tula orang2 yang muncul dalam mimpi tu semua dikenali dan yang disegani - macam Ustaz Ghazali, atau Rektor UIA Prof. Kamal Hassan, atau ada sekali tu Nik Aziz. Marah betullah aku. Korang ingat seronok ke mimpi kene pegang tuala (dahla singkat) sambil bercakap dengan watak2 ni. Yang bestnye diorang buat tak tau je, macam seolah2 aku berpakaian lengkap.

ii. Mimpi makan.
Aku tak pernah dapat makan apa yang aku nak makan tu dalam mimpi. Mestilah aku mimpi memasak bersungguh-sungguh siap letak hiasan pinggan macam dalam rancangan memasak tu, lepas tu bila aku duduk kat meja makan nak makan, mesti aku terjaga dari tidur. Damn gila.

iii. Mimpi hantu.
Aku dengan mak ada version hantu yang sama. Kitorang selalu mimpi dikejar hantu. Meaning, cam kalau dalam mimpi tu orang berkumpul ramai2 tengok orang mati terbunuh, lepas tu mestilah mayat tu bangun kejar aku punya, sampai dalam mimpi tu boleh fikir "Baik aku lari dulu. Kalau hantu ni bangun mesti aku la yang kena kejar." Aku rasa secara subconscious juga aku sendiri tau ini mimpi aku and mestila aku jadi watak utama yang kena haunt tu kan? Sheesh.
Sebab tu masa tengok filem KOWAI ONNA, semua orang pelik pehal aku takut sangat dengan hantu baju merah dalam bahagian pertama dalam filem 3 cerita tu. Sebabnya ialah hantu baju merah tu sama macam mimpi aku. Tak kira ke mana ko lari, dia mesti dapat kejar. Mungkin orang lain tak pernah mimpi macam tu, sebab tu diorang tak rasa ngeri tengok bitch merah tu.

iv. Mimpi kahwin.
Aku pernah mimpi kahwin sekali je seumur hidup. Dalam dewan. Pakai baju warna biru keunguan (gila hodoh warna tu). Hah, mimpi la aku nak cakap aku mimpi kahwin dengan siapa.

v. Mimpi horror.
Yes, ia dikira berbeza dengan mimpi hantu. Sebab mimpi hantu aku boleh deal. Mimpi horror bagi aku ialah balik ke SMKAKS dan belajar math. Atau kena hantar kerja rumah math. Atau Cikgu Sham suruh selesaikan masalah math kat papan putih (walaupon in real life Cikgu Sham ajar Prinsip Akaun). Setiap kali aku terbangun dari mimpi matematik ni, aku rasa gembira sangat sebab semua tu hanya mimpi, macam hidup baru (dramatik).

vi. Recurring dreams
Ada banyak recurring dreams ni. Antaranya...
a) mimpi tepi laut waktu sunset ada lelaki rambut panjang tak berbaju mengadap laut. silhouette.
One of these days aku nak tetapkan hati aku supaya kalau aku mimpi ni lagi, aku nak pergi dekat mamat tu dan tanya apa masalah dia asik masuk dalam mimpi aku.
b) mimpi lain2 tapi lokasi yang sama : kat abandoned subway
tak, bukan subway sandwich tu. subway like dalam THE TAKING OF PELHAM 123 tula. Berapa kali dah aku mimpi subway kosong tu. Ada sekali tu aku mimpi slashing zombie bersama Dean and Sam Winchester (macam blasphemous pun ada gak perasaannya... hahaha). Ada sekali tu aku mimpi subway tu terbakar and semua yang keluar tu jadi arang dan kejar aku.................................. eh aku rasa ni mimpi ngeri la sebenarnya. Hahahaha.
c) mimpi lain2 tapi lokasi yang sama : pondok
pondok tu dekat jalan terpencil, sekeliling dia rose bush, ada titi depan pondok tu yang menyeberang small creek. Aku rasa ada dalam tiga empat kali aku mimpi tempat ni. Adakah sebenarnya Ariadne telah membuat architecture mimpi aku dan Leonardo DiCaprio tengah nak incept ideas? Great!!!!! :D
e) mimpi lain2 tapi lokasi yang sama : water park
Rupa dia cam Desa Waterpark tapi lebih besar dan aku tak pernah dapat mandi kat situ. Mesti aku terjaga sebelum sempat aku ganti baju. Dem gile.

vii. Mimpi yang aku alami masa kecik tapi tak pernah aku lupa
a) mimpi Aniza.
Aniza ni kawan aku masa darjah tiga. Satu2nya sebab aku ingat nama dia (dia bukan bestfriend aku pon) adelah kerana pernah sekali masa darjah tiga tu, aku mimpi kitorang ramai2 lari dari rumah berhantu dan dah masuk kereta (ya, mimpi aku start dengan ending). Tapi Aniza tertinggal kat belakang sambil bawak roti Gardenia. Aku tak nak tinggalkan dia so aku turun dari kereta untuk tarik tangan dia suruh cepat sikit. Tapi bila aku keluar je dari kereta, diorang tak tunggu aku dan terus blah. Bila aku pusing Aniza tak ada pun. So aku pun tertinggal kat rumah hantu tu sensorang. Shit gila (masa tu aku 9 tahun, aku tak tahu perkataan shit ni).
b) mimpi orang asap
aku mimpi ni masa era jerebu teruk tahun 2000 dulu. Aku mimpi aku jalan-jalan kat area perumahan aku dekat2 dengan masjid shah alam yang serba feymes tu (wakaka). Tetibe aku nampak tiga cyclone kecik bergerak dari arah muzium shah alam, berhenti depan masjid and bertukar jadi tiga orang asap. Korang bayangkan patung Akademi Fantasia tu tapi dalam bentuk asap, macam tula rupa dia. Tiga orang asap tu jalan ke arah aku sebelum tiba2 ada kereta polis datang depan aku dan bapak aku yang berada dalam kereta polis tu suruh aku masuk dan lepas tu diorang blah dari situ.

Mimpi aku ni macam mimpi orang ada bela hantu raya kan? Hahahahahahahahaha....
(sori la, aku tak jumpa conclusion yang proper)

Oh ye, aku sangat teringin nak tengok filem Higuchinsky "Long Dream" yang diadapt dari komik Junji Ito. Mana nak cari wehhhhh~



Oh! Letak hadis lah!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Nabi s.a.w. Baginda bersabda: Apabila Kiamat semakin dekat, mimpi seorang muslim hampir tidak dusta. Mimpi salah seorang di antara kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi seorang muslim adalah satu daripada empat puluh lima bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga aspek iaitu: Mimpi baik, adalah khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi sedih, adalah mimpi yang datang dari syaitan. Kemudian mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri, iaitu jika salah seorang di antara kamu bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaklah beliau bangun dari tidur lalu mengerjakan sembahyang dan dikehendaki jangan beliau ceritakan mimpi tersebut kepada manusia. Baginda bersabda lagi: Aku sangat menyukai seutas tali dan tidak menyukai sebuah belenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama.

3 comments:

Sheeda Minhaj said...

jgn riso..bukan akak je yang suke mimpi bukan2...ramai lagi..contohnya..sye dan bestfren sye..suke mimpi menari dengn shahrukh khan yg pandai ckp melayu

anak en lee said...

shai : aku tak tahan ketawa berdekah2 ketika membaca entry ko yg bermimpi mengarut2 nih!
huhuhuhuhuhu...

aku masih musykil,nape ko mesti bermimpi memakai tuala??
hohoohohoho... ;p

aku tak penah mimpi hantu weihhhhhhh...

Shai Kamarudin said...

sheeda - awak sure ke srk cakap melayu, ke awak yg cakap hindi? hahahahaha

angah - ko tak pernah mimpi hantu ataupon pakai tuala? sungguhla ko berkeyakinan tinggi dan tak ada fobia. hahahaha